Monday 6 May 2013

In a GOOD mood.

Assalamualaikum. Cakk. . ! Hehe.

Rindu tak dekat tuan punya blog ni? *Nampak kan aura perasan sye yang begitu menyerlah di situ. Alright2, now let this cute lips 'meng-pot pet pot pet-kan' the story that I'm about to tell you. :)

First thing first, CUTI DAH START WOIIIII~~ ! ! *Loncat2 kegembiraan. Yup. Start exactly lepas habis last payyypeerrr. ;) Haa, bila dah start cuti sem, maknanya bilik tu memang nak kena clean & clear lah. Hadoooii. Penat giler oh. 3 beg besar pun tak cukup kalau nak isi dengan barang2 yang amat 'berguna' kepada bangsa, masyarakat dan negara. Huhu.

True story. Lolz.

So, its time to say goodbye to my fellow roommates. :) Well, of course I didn't cry. Control macho okeh! Haha. Khas buat hampa wahai Farah Fathiah, Nur Iman & little sis, Nur Hafizah. Jangan lupakan Efa ok? Hampa la first roommate yang Efa ada yang memang perangai gila2 + gelong sikit. *Itu pujian tau. :P Efa harap kita semua dapat jumpa lagi nanti. Time tu, In Sya Allah kita semua dah sukses dah jadi psychologist, doktor gigi and maybe an engineer. AMIN. . Moga persahabatan kita kekal, 'till Jannah.

"A real friend cares like a MOM, scolds like a DAD,
teases like a SISTER, irritates like a BROTHER,
and loves more than a LOVER."

Guardians of C2.T3.02 (12/13)

Yeah. Love u forever kawan.

Ok. So berbalik kepada cerita si budak yang tengah cuti semester ni, sye sekarang ambil peluang nak jadikan diri ni cekap memasak. Muahaha~ Jyeeaaahhh . . ! Semangat kot ni. Orang selalu kata, nak jadi isteri orang, kena la pandai serba serbi. Amboii, gatai noh nak kawin? Haha. Choooiiii. Mana ada ! Nak persiapkan diri la, lagi pun, kemahiran hidup kan? lalalala~

Papa pun ada kata, dressing pun kena tukar, tak nak nampak childish dah. Cutee laaa Papa. :P Yelahh2, nak tukar,tolong la beli baju baru. *Senyuman penuh 1001 makna mula muncul.

Cute. Isn't she? :)

Hoho. Mesti la. Cute macam sye. Weeekkk. Ha ! Hari tu Papa bawak kami pergi tengok Iron Man 3 - 3D youallzzz. Syok gila tahap gaban kot. And guess who did I got bump into? Yup, that person is SC. Woiii. Lama tak nampak hang wey kawanku sorang ni. Rindu KP dak? ;) Miss you moreeeeee. .  Kami bestfriend forever dari dulu lagi. Nothing can separate us, sahabat. Heeeee~~ Well, I'm in a happy mood today. :D A lot of great things had happened to me, and I felt GREAT ! *Tribute to Si Busuk. Haha. TQ ! Em. Rasa macam nak practise gitar lah. Hoho. Kesian Black Butler kena tinggal lama kat rumah. Huhu. Don't worry, I'm back now.

Ok lah. Sampai disini dulu. Let's chit chat some more later. Bai-2 & Assalamualaikum. :)

Wednesday 24 April 2013

Yang Terindah ✿◕ ‿ ◕✿

Assalamualaikum. :)

Hari Isnin lepas merupakan bermulanya PSPM atau nickname nya yang pandai-2 sye bagi, 'Peperiksaan Susah Pasti Mangkat'. Haha. *Mohon maaf kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Well, study week sye telah gunakan untuk study and semestinya untuk tidur. Zzzzzz. 2 in 1 okehh.

Sebenarnya, lama dah sye nak kata benda ni. Tapi, apakan daya. :-/ Ok. Let's cut the chase shall we? I dedicate this to IO & Ashan. Sebelum tu, sila bayangkan Efa tengah main gitar hitam Efa tu sambil nyanyi dengan suara katak Efa ni. Orait, here it goes. Grenggg. . Greennggg . . Greenngg ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
*Err, sila baca dengan fikiran yang positif yaa. Friend-to-friend kind of things.
 Sejak kenal dengan hampa dua, hari2 Efa kerja duk gelak ja memanjang. :) Yelaahh, Efa dah jumpa geng yang memang 'Ngam' dengan diri Efa ni. (‿‿─)
Kau yang bernama IO & Ashan
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah :)
Siapa-2 yang dapat kawan macam hampa, untung lah depa. I wish I could be that person again. :') The one yang akan gelak terbahak-2 sampai senak perut bila hampa 2 buat perangai gila-2. :D
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
PERSAHABATAN disalut dengan kejujuran
IO, maafkan Efa sebab marah-2 hari tu. Efa hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Maafkan diatas segala kekhilafan Efa. Bak kata Madam Syatilla, "Maafkan saya, syaitan tiba-2 dah menghasut saya tadi. . Hehe. ." Ashan. . . huuu~ Hari-2 Efa tanpa Ashan, terasa macam bekas tupperware Apple Lady yang kosong, felt really empty, seriously. :( I'm sorry Ashan. Sobs2. . .
Menyayangi dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Sungguh, Efa rindu sangat-2 dekat hampa 2. Tak bohong aiihh. Roomate Efa pun dah naik bosan bila Efa selalu cerita dekat depa yang Efa mimpikan kita semua duk gelak-2 & melawak macam zaman dulu-2. Huhu. Kadang-2 bila kita tersempak, Efa tak boleh nak pandang muka hampa. Sebab Efa tak mau hampa nampak muka Efa yang sedih ni sebab kita dah tak jadi kawan macam dulu. . 


Ego kan Efa ni? Yeah. (-'_'-) I know. Tapi, harap hampa 2 boleh terima Efa balik bila Efa datang minta maaf face-to-face dengan hampa nanti. Bila tiba waktu dia, I will come to you my self. Kalau Efa tak berkesempatan, harap maafkan bukan dengan hati yang terpaksa, supaya Efa dapat pergi dengan tenang. :D

From the day we met, until now, you guys will always be in my heart.
_ *Syahdu tiba-2. Errkk.

Najwa Latif, Yeaayy~ Ainan Tasneem, Buuu~

Until then, Assalamualaikum. :)

Sunday 7 April 2013

Aku Terpesonaaa ~~

Assalamualaikum :) Cakk. . ! Hehe.

Baru-baru ni sye telah menghadiri satu majlis yang agak DA-BOOM SHAKALAKA~ :) Yup, majlis tu diberi nama Malam Pesona Anggun Seri Laka. "Grand giler baq haangg" . Al maklum lah sye kan orang biasa2, mana la nak pernah masuk event2 macam ni. Ker cener? :P

Masa sampai dekat dewan dia tu, MasyaAllah. . Ramainya orang. :( Macam mana nak masuk ni? And yang paling penting, time bila nak dapat makan kalau semua pakat dok cangak depan pintu masuk ni? Waaaa~ perut yang dari tadi mendendangkan lagu2 Rock kapak,pisau,sabit dan sewaktu dengannya  minta diisi dengan segera. Shuuhh2. Tumpang lalu sikit, gadis kelaparan nak lalu. Haha.

 Miss2 World 

Haaa. Tudia. Sementara orang lain tengah berebut nak masuk dan gayanya nampak macam main Rugby pun ada, kami Miss2 World sedang busy snap gambar. Ha pilih2, hantaran RM20 000 keatas. Haha. Bila majlis tu mula, memang best. :) Sampai ternganga semua orang termasuklah sye yang tengah betul2 fokus dekat makanan yang terhidang tu. :P Oraitt, let's see the pics shall we?

Mida & Me

Si Kacak & Si Cantik








Datin Efa Al Khuraish. Puuiihh.

Heee~ Gambar ni telah menyebabkan tercetusnya konflik dimana semua member2 pakat terkejut habis. Kata diaorang, "Awat hang makin kurus weh???" "Segaknyaa. Anak sapa la ni." "Hang edit pa ni KP?'' *yang ni tak boleh blah. Haha. Oit member2 ku sekalian, ini betul2 bukannya COBAAN. Haha. :) Yaaa. Si Kp hampa yang 'comel' lagi 'gebu' dulu dah jadi macam ni. Ooo, bila dah segak sikit baru orang start nak pandang ye? Haha, tak ada maknanya. Semua makhluk ciptaan Allah cantik2 & hensem2 belaka,kan? Razin,Yob,Yanie,Amin pun ada tegur tapi macam tak berapa nak percaya sangat. Tapi, bila Taiko a.k.a Pudin yang tegur, haaa,yang ni baru boleh percaya.

Talk about Pudin, baru2 ni Bro sye tu dah sambut birthday yang ke-19. :) therefore, I've made something special to him. 

Pudin kata benda ni style~ TQ :D

Yup. Dia suka gila kot. Siap buat benda ni sebagai background lappy dia. :) Hehe. Moga kami semua akan jadi kawan baik buat selamanyaaa~ AMIN. Oraiitt, got to go. Ada lagi satu dinner yang nak kena pergi. Arabic style. Woot-2. ;) Hehe. Until then, Assalamualaikum.


Sunday 10 March 2013

Bila Brutal Mengatasi Kecomelan

Assalamualaikum.

Hai. Umm. For the past few days, my life had been miserable. How could this happen? Let's check it out. Zaaaazzzzz~ ~ * Haha, kau bajet ni Melodi ke ape? :P

Ok. Semua ni bermula bila sye & salah seorang daripada bestfriends sye bergaduh besar. Well, totally a HUGE FIGHT. And that person is IO. Mesti korang akan cakap, 'Kenapa boleh gaduh kalau bestfriends?' :) For me, this is what friendships is all about. Semua ni bermula sejak sye dan member2 praktikum yang lain ada pertandingan musical sketch lagi. But, let's skip that part shall we?

Pergaduhan ni bermula bila IO telah buat satu kesalahan yang bagi sye, agak tak bertanggungjawab sebagai ahli kumpulan dalam group di makmal kimia. Dia tak siapkan report kimia tu and dia ambik report kawan sye lagi sorang tanpa pengetahuan diaorang. Well, dua2 group kena potong markah. Bagus kan? Group lagi satu tu bengang gila lah dengan kami bertiga, sye , Mardhiah & IO.


Sye dengan Mardhiah memang gelisah tak tau nak habaq la orang Kedah cakap, so kami berdua pergi mintak maaf. Blah~ Blah~ Blah setalah disoal siasat oleh group tadi. Kami berdamai. :) Yeayy~ *Clap2x. . .!!

Malam tu, sye tak tahu kenapa, memang rasa bad mood ja. Serius, rasa macam jerit je kuat2. Dengan sakit kepala nya semua cukup. Memang terbaik lah. At that time, one new message pop-up in my phone' screen. Ashan. . . Dia tanya ada masalah apa? Sye tengah bad mood time pasal minah RM tu, dia tanya pulak macam tu. So, tiba2 ja sye pot pet pot pet pasal IO. Terasa sebab kawan2 agak tak percayakan kami disebabkan IO. *Dah macam Mak Jemah dah sye ni. Haha.

Dan bila IO mesej, sye tak boleh nak terima maaf dia tu dari phone. Sye ni jenis, kalau ada buat salah, datang mintak maaf depan2. Sebab sye nak tengok tahap keikhlasan maaf orang tu. And dalam mesej tu IO ada kata - "I'll rarely talk to each other if that will satisfy you. Sorry. Bye." Sye pun kata la yang sye tak nak macam ni. Kena cakap depan2 baru la sye nak terima. Tak kan dengan cara ni ja nak setel masalah? That's when the whole thing happend. IO kata sesuatu yang betul2 buat hati sye hancur, terasa macam IO tikam2 sye.

Akan ingat sampai bila-2

:') Yeah. I cried. Wuuuu. Malu dekat Faizah, tapi. . . Hah, lantak lah ! Wuuuuu~ Tahniah IO, sebab jadi orang pertama yang berjaya buat Efa nangis pasal bestfriend Efa. Pada tarikh 7/3/2013 pukul 10.57 malam, sye pulak yang 'membedil' dia dengan kata2 pedas+lemak berkrim, ala2 pakai bazooka takpun M16. BANG ! BANG ! BANG ! Sumpah, sye luah ja semua apa yang sye duk pendam selama ni. Kalau setakat sekali dua salah yang IO buat tu dekat sye,sye still akan maafkan. Tapi, ni dah berkali-kali sangat. And ada ja orang tu selalu suruh sye beralah dengan IO. But, sorry, it's not the regular Efa you are dealing with. It's the version of E-HK. I called it Efa-Hati Kering.

I felt good, yelah lama dah kot tak marah orang and it's getting better when one of our bestfriend (there are 5 of us), came to see me at the Shop-A-Math program. Nak tahu dia kata apa? 'Kami semua tak marah apa yang hang kata dekat dia, sokong lagi ada. Apa yang hang kata kat dia semua betoi. Kami duk tegoq dia lama dah tapi xda effect. Hang sorang ja yang berani cakap macam tu. Aku tau hang saja cakap kasaq sebab nak bagi dia terasa & sedaq apa yang dia buat'. Dan bla bla bla bla. The end. And I was like '' haaa tau pon. ''.

 
:(


IO, fighting with my bestfriend is the last thing that I wanna do in my life. I apologize for the things I've said to you that night, but it's for your own good. Hm. Efa tak nak kawan Efa dikutuk dengan orang2 lain. Sakit telinga dengar tahu tak? I know my advices are not needed coz you already have that certain someone to tell you things you wanna hear. But, hey, like I care. Cakap, cakap dah. Nak terima ke tak nak, ikut suka. :) Kalau nanti dekat akhirat Allah tanya kenapa dia jd macam ni, sye akan cakap sye dah nasihat.

Ok. Next story. Waahh, panjang kan post kali ni? Hehe. Ala. . . Bukan selalu. Ok, semalam kaki sye terseliuh macam mana tak tau. Sengal siot. Jangan kata nak berjalan, nak berdiri pun derita gila. Kena pulak kaki yang terseliuh tu kaki yang ada masalah tulang tu. Aishhh. Dan2 rasa nak nyanyi lagu " I LIKE IT LIKE THAT - Hot Chelle Rae ". Hehe. Tapi at least Faizah and Sai manjakan sye bila jadi orang sakit ni. *Saya suka sya suka :D

Macam Big Boss.

Sayang Faizah & Sai ;) Oh, and hey,, Neon! *Ngeeeee~~






Tuesday 5 March 2013

Snap ! Snap !

Assalamualaikum.

Ok. Here it goes. Sejak semalam lagi sye nekad untuk buat something ni. Apa benda 'something' tu? *Bajet suspens sikit. Muahahahaha. Sye nekad, sye ulang, NEKAD ! untuk keluar dari group RM. There, I said it. :)

RM ni kira group yang tip top la dekat kolej sye ni. Dulu, sye tak berapa nak ingat macam mana, tapi nama sye boleh termasuk dalam group tu. That's fine. Mula-mula memang sye minat giler tahap gaban la dengan apa yang RM ni buat. Yelahhhh. Photography semua2 tu kan memang passion sye dari dulu. Tapi sekarang ni, feel tu dah hilang kot.

Gambar ini memang POYO! Haha.

Sye nekad nak keluar bila ada orang tu buat sye terasa hati. Derr, sye jugak manusia kan, ada hati and perasaan. Lain la dia, kot2 la tak ada salah satu atau tak ada dua2 terus. Suka suki ja nak marah orang tak tahu pasal. Ni kalau dia nak marah kalau sye yang salah, sye boleh terima. Masalahnya, dia ni suka cakap putar belit pulak. *Heiiiii ,lilit2 dia lepas tu campak dalam laut baru tau. Nak lagi tragic? Biar dia kena tokak (gigit) dengan ikan2 Piranha. 

Lagi satu, sye tak keluar dulu pun sebab sye nak belajar dengan lebih mendalam tentang ilmu2 photography ni. Tapi, yang belajar nya tak berapa banyak pun, buat kerja banyak ada la. -____- . Ish3. Dah macam paparazzi dah tengok depa2 semua tu. Terkejar sana. Terkejar sini.

Yang tak boleh blah la kan, ada la satu hari ni. Sye tersempak dengan dia dekat Astaka. Dengan muka masam macam apa lagi, dia boleh duk usyaa panas dekat sye. Nihh, tak boleh ka buat muka elok2 sikit? Sye sikit punya bagus bagi senyuman yang menawan lagi comel dekat dia, dia duk buat muka bengis ala-ala undertaker dekat sye. Apehal? Dia mula kan mukadimah dia dengan 'pot pet pot pet' dekat sye. Kot la nak bagi salam ka kan. Dia kata tak pernah nampak sye dalam perjumpaan la pa la. Elok sikit nah, sye sikit punya besar dia tak nampak ka masa perjumpaan2 yang dia buat tu? *Rabun ka juling? Apa2 ja la. Then dia suruh sye turun sebab ada event malam esoknya. Sye pun, ok la.

Ngeee!! Seram woi. .!

So, petang sebelum event tu kan, sye hantar la mesej dekat dia. Tanya sye dengan roomate tersayang sye ni nak kena buat kerja apa? But, dia reply- Dah ada orang tugas malam ni.. tak pe.. meaning tak payah bertugas malam ni. And I was like, fine. Ok. Thanks. 2 3 hari lepas tu, roomate sye cerita dekat sye yang dia 'sound' roomate sye tu depan orang ramai sebab tak turun malam event tu. Secara automatic muka sye ber-kerut2. WHAT?? Nyanyuk dah pa dia tu? Hari tu dia yang kata tak payah turun. Sye still ada lagi mesej yang dia hantar tu kalau nak sebagai bukti. Sekarang nak marah2 pulak. Siap dia kata 'Kamu berdua jangan nak lari daripada saya'. =_= ''

Tak 'kelapaq' aihh kami nak main lari2. Kalau lari dapat medal tak pa la jugak. Hish. Tak boleh nak tahan la macam ni. Tu yang nak keluar tu. Ha ! Cakap pasal yang keluar2 ni, sye duk ingatkan sye dengan roomate saja yang rasa tension dengan RM tu. Rupa2nya ahli RM yang lain pun rasa macam tu jugak. Dan sye dikejutkan dengan berita yang Froggy and Mr. Chubby-with-Specs telah selamat 'blah' dari group tu.

Woooooooo ! ! ! Biaq betol ????

Serius macam tak percaya ja. Sebab Si Froggy tu memang obses and psycho pasal RM ni. Haha. Macam lawak pun ada. Ok2. Wahai Froggy, walaupun awak sangat bajet, poyo, berlagak nak mampos and perasan gambar yang awak ambik tu lawa, (ehem2. . ambooiii dah2 la mengata nyer). Buat pertama kali nya, sye sokong keputusan awak untuk keluar dari RM tu. :D *pegang pom-pom. Give me a F-R-O-G-G-Y .. ! Goooooooo Froggy !! :)

Hehe. Nak ikut jejak langkah Froggy ni. :) Wish me luck. Moga2 sye dapat blah dari group tu SECEPAT MUNGKIN . Assalamualaikum.

Friday 1 March 2013

1st March

Assalamualaikum :D

Jap2. Hari ni berapa hari bulan ye? Oh. . ! Right. 1st March kan? :) Hari ni merupakan hari yang penting. Nak tahu kenapa? It's my sister's born day! Haha! *Clap2x. You are getting older Sis. ;)

Mesti Nana tak sabar2 tunggu birthday dia kan? Bet she's been waiting for the whole year. :P This morning, awal2 lagi dia dah bangun. Tapi malas jugak si budak ni nak mandi. Digeraknya kakak yang comel2 ni suruh pergi mandi dulu. Hoho. Sorry Sis, memang tak la. Apa lagi? *Tarik selimut, peluk Bear2 and kroh. . kroh. . kroh. .

Paradise kot

Lepas semua dah mandi apa semua, kami pergi semayang subuh berjemaah dekat masjid yang dekat dengan area rumah. After that, BREAKFAST TIME. . ! :D Waaaaa~ Nasi Kandaq Jalan Langgar memang best. Tabik spring sikit. Hehe. Tapi yang tak berapa nak best nya, masa tengah makan tu, ada la sorang lelaki ni tengah hisap rokok. Tak apa la kan. What really annoyed me is that smoke that he's blowing towards us. Derrr, that really piss me off. *GGRRRR. . ! Say NO to cigaratte.

Hm. Whatever lah. Apakah benda yang paling penting bila nak sambut birthday? Yes. A CAKE :) Kek yang Mama & Papa beli tadi tu memang sedap. Ice cream Cake . Yummy. :) And after that, its giving presents time. Yeay. Macam2 la minah tu dapat. Untunglaaaaaaa. One of it is a huggy so-called Mr. Meow2. Comel uh. Maaa. Nak jugak. :'( *aiipp. Cover sikit. Terserlah ke-budak2-an nyaaa.

 Haha. Boleh tara tu?

Jiwa muda la kata kan. Hehe. :P *muda la sangatttt. 19 dah. Lagi 1 tahun dah nak masuk geng-geng 20-an. Alamak! Ahad ni ada Dinamika. Haiyaaaaa. Pengucapan awam la makna dia. Isk3. . Takutnya, sebab dah lama tak cakap depan orang ramai. Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku. Janganlah gemuruhkan diriku. Dan Ya Allah, gemukkan lah dompetku, kuruskan lah badanku. Jangan terbalik lagi yaa. Please. Aminnn. :)

Ok lah. Sampai sini dulu. Assalamualaikum semua. :)

Monday 25 February 2013

Things in my head.

Assalamualaikum.
Ok2. Hari ni ,macam2 yang bermain dalam otak sye, so jangan tanya la kenapa kalau post ni tunggang terbalik nanti. Haha. :)

Ermm. Beberapa hari yang lepas, sye macam biasa, pergi kelas, makan, perah otak and many more. Dalam kesibukan tu,tiba2 ada la sorang hamba Allah ni, datang kat sye. Sye buat biasa saja la, al maklumlah sye kan 'Si Brutal yang Ayu'. Hehe. *Perasan. Well, sebenarnya budak tadi tu tak ramai yang suka kawan dengan dia. Bukan apa, diaorang kata yang budak tu suka buat masalah. Mulut orang kan, siapa boleh halang?

Keep smiling no matter what others said.

But, hey, it turns out that she is a very nice person. Yup, serius dengan sye memang dia baik ja. Tak ada lah pulak macam nak cari pasal ke apa kan. Silap sye jugak sebab terlalu percayakan orang2 sekeliling. Maybe si budak tu hanya bersikap tak baik dengan orang yang judge dia tanpa mengenali diri dia yang sebenar. :) On the other hand, orang yang kita dok kenal, baik ja depan kita. TETAPI, alangkah malangnya nasib, dapat kawan dengan orang yang pentingkan diri sendiri. Astaghfirullahal'azim.. :( Kecewa kot. Wahai sahabat, ni cheq nak habaq mai. Kita kawan, kawan jugak, tapi jangan lah ambik kesempatan dengan kebaikan yang orang buat dekat kita. Kalau dalam bahasa kasar sikit berbunyi " Awat hang ingat aku ni kuli hang ka pa?? ". Puuuiihhh! Moral of the story, 'Don't judge a book by its cover' .

Haiii. Sabar Efa oi. Dugaan ja semua ni. *Tarik nafas. *Haaaaaa~ *Huuuuu~ :) Haa. Petang tadi ingatkan boleh turun pergi padang. Al maklumlah semenjak masuk semester 2 ni, sye makin rajin untuk exercise. Hehe. Tapi. . . . .  hujan la pulak. Haiyaaaa. Si Sai pun tak puas lagi nak main bola jaring selepas dirinya berjaya dihasut oleh sye. (Bangga sorang2) :D Tak pa okey Sai. Nanti bila2 kita free kita pergi main bola okeh? ;)

.Me.Nad.Sai.

Haha. Sye suka giler tengok gambar ni. Bukan apa, tapi lawak. :D Nad oh Nad. Ada2 saja benda yang dia buat boleh buat kami gelak sampai tak kering gusi. Time ni kami baru habis shooting untuk video 'Variation' untuk subjek Biology yang pensyarah kami suruh buat. Tengs buat Nad, Sai, Syaza, Hazira & Amira sebab sporting bila berlakon untuk projek kita ni. Muchas Gracias. :) Tinggal nak edit and tambah sikit2 lagi dekat video tu and Insyaallah, we'll get it done by the end of the week. And pagi tadi sye dengan bangganya pergi Serambi Pelajar untuk ambil Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Woot-2!! Tiba2 lagu Big Bang play dalam otak. *Wow. Fantastic baby. . !

Okeh. Trimas sebab jeles dengan sye. :P

Hm. Nak beli apa ye dengan baucer ni? Orang lain semua pakat2 dok beli hard-disk la, tab la, nuu la, nie laa. Haii nafsu semua tu. Sabar-2. :) Nanti fikir lain lah nak beli apa, coz this is mine, and I can do anything I want with it,right? Nak bagi setel semua kerja, sebab hujung minggu ni sye nak balik rumah. . ! YEAAHHH..! Rindu dekat Mama, Papa, Abang Khalifah, Sista Serena, Mr.Gumball, Mrs. Normel & ikan2 Koi dalam kolam tu. :) Tak nak duduk KMK, nak balik rumah. Hehe. (Jangan jelez u allsss). Ok lah. Mata pun mengantuk dah ni. Tidor dulu yea. 

Assalamualaikum :)