Friday 1 June 2012

Pagi yang Gelap,kini sudah Terang :)

HARI PENDAFTARAN

"Err,tumpang tanya akak,pendaftaran untuk pelajar baru dekat mana?" "Ha..adik pegi straight,pastu ke kanan and kat situ lah" :) Dengan penuh semangat waja,sye pun pegi la. Tak sempat belok,dah nampak line panjang giler tahap gaban. Mak aiihh?Panjang nya? Mau tak panjang,ada dekat 2400 lebih duk daftar masuk KMK. WOW!

 Sye pun masuk lah barisan yang panjang teramat sangat tu. Tengok keliling,semua orang sye tak kenal. Huu~ Tiba2,sye ada nampak muka sorang budak ni. Aik? Macam kenal tapi dimana ya? Hehe. SYAZA! Yes!! Bukan main seronok lagi sye nampak muka dia. So kira kami dua pegi daftar sekali ah :)

THE NEXT MORNING

NEEEEEENOOOOO~~ (siren dok bunyi volume tahap pecah gendang telinga)

Pagi2 buta lagi siren tu duk bunyi,tapi sye bangun lagi awal dari siren tu. Pukul 4 sye dah ready kat bilik air,al maklum ah ramai nak kena berebut la jugak kan. (HAHA! Mama,anak mama bangun awal..percaya dak? :P ) Bersiap bukan main laju lagi,ZUUUPP!! Siap :D Hee~ Masa on the way nak turun tangga blok,dengar suara Kak2 PF duk jerit 'Yang kat atas tuh,,CEPAAATTT SIKIITT!!! 10 9 8 7 6 bla..bla..bla.. Siapa lambat kena denda ketuk ketampi depan budak lelaki!'

Nahaaiii. Sumpah kita orang semua tak cukup tidur. Lepas habis je semayang Subuh,budak2 perempuan semua pakat duk lena (walaupun time tu tengah ada kuliah subuh. Hehehehehehe). Penat gila ah. Macam2 gaya tidur ada. Yang tidur sambil duduk,sambil tutup muka buat2 gaya duk mintak doa,sambil tidur menyandar kat belakang kawan and yang paling terang2 tidur yang terlentang kat lantai tu la. (Yang ni geng2 kami suma lah,sye pun termasuk sekali. :P hehehe)

Lepas pada solat,kami semua kena kejan (bahasa orang Kedah,kejan-dipaksa maksud dia). Kami semua kena pegi Astaka. Padang besar giler ohh~ Ada abang Chinese tu suruh kami semua buat aerobik. Abang Jian Soong Wong :D THE BEST!!


Ayat Abang Wong yang kami tak boleh lupa sekali... ‎"Semua lihat langit... Wah! Birunya langit.."-brader wong.. hehe

Semua ni dari awal hari kami sampai kat KMK hinggalah hari last orientasi. Mula2 memang lah penat,marah,tension,sakit semua ada. Sumpah tak tipu coz sye pun rasa benda yang sama macam kawan2 yang lain. Lagi2 rindukan family :') betul tak? Tapi masa majlis penutupan tu,kami semua relax, "YEAHH!! MERDEKA!" Padahal hari Ahad ni baru la nak start kuliah apa semua. Sabar dan perlu kuat hadapi semua ni kalau nak berjaya. YESS!! I CAN DO IT! BRING IT ONNNN!!~~




Mama.. Papa.. Kaka akan buat bagi Mama Papa bangga dengan Kakak :) Doakan kejayaan Kakak. 4 Flat!! Don't you dare run away from me. Haha! Buat adik2 kakak :)

Lebih muda dari ku harap sabar menunggu
Kepulangan mu ku tunggu
Bukan maksud ku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikat nya rindu yg mendalam

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku kakak mu
Dan engkau adik
 Ku amat merindui kan mu

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku kakak mu
Dan engkau adik
Ingin ku ulang kemasa dulu

Tak akan putus
Hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa
Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua