Sunday 10 March 2013

Bila Brutal Mengatasi Kecomelan

Assalamualaikum.

Hai. Umm. For the past few days, my life had been miserable. How could this happen? Let's check it out. Zaaaazzzzz~ ~ * Haha, kau bajet ni Melodi ke ape? :P

Ok. Semua ni bermula bila sye & salah seorang daripada bestfriends sye bergaduh besar. Well, totally a HUGE FIGHT. And that person is IO. Mesti korang akan cakap, 'Kenapa boleh gaduh kalau bestfriends?' :) For me, this is what friendships is all about. Semua ni bermula sejak sye dan member2 praktikum yang lain ada pertandingan musical sketch lagi. But, let's skip that part shall we?

Pergaduhan ni bermula bila IO telah buat satu kesalahan yang bagi sye, agak tak bertanggungjawab sebagai ahli kumpulan dalam group di makmal kimia. Dia tak siapkan report kimia tu and dia ambik report kawan sye lagi sorang tanpa pengetahuan diaorang. Well, dua2 group kena potong markah. Bagus kan? Group lagi satu tu bengang gila lah dengan kami bertiga, sye , Mardhiah & IO.


Sye dengan Mardhiah memang gelisah tak tau nak habaq la orang Kedah cakap, so kami berdua pergi mintak maaf. Blah~ Blah~ Blah setalah disoal siasat oleh group tadi. Kami berdamai. :) Yeayy~ *Clap2x. . .!!

Malam tu, sye tak tahu kenapa, memang rasa bad mood ja. Serius, rasa macam jerit je kuat2. Dengan sakit kepala nya semua cukup. Memang terbaik lah. At that time, one new message pop-up in my phone' screen. Ashan. . . Dia tanya ada masalah apa? Sye tengah bad mood time pasal minah RM tu, dia tanya pulak macam tu. So, tiba2 ja sye pot pet pot pet pasal IO. Terasa sebab kawan2 agak tak percayakan kami disebabkan IO. *Dah macam Mak Jemah dah sye ni. Haha.

Dan bila IO mesej, sye tak boleh nak terima maaf dia tu dari phone. Sye ni jenis, kalau ada buat salah, datang mintak maaf depan2. Sebab sye nak tengok tahap keikhlasan maaf orang tu. And dalam mesej tu IO ada kata - "I'll rarely talk to each other if that will satisfy you. Sorry. Bye." Sye pun kata la yang sye tak nak macam ni. Kena cakap depan2 baru la sye nak terima. Tak kan dengan cara ni ja nak setel masalah? That's when the whole thing happend. IO kata sesuatu yang betul2 buat hati sye hancur, terasa macam IO tikam2 sye.

Akan ingat sampai bila-2

:') Yeah. I cried. Wuuuu. Malu dekat Faizah, tapi. . . Hah, lantak lah ! Wuuuuu~ Tahniah IO, sebab jadi orang pertama yang berjaya buat Efa nangis pasal bestfriend Efa. Pada tarikh 7/3/2013 pukul 10.57 malam, sye pulak yang 'membedil' dia dengan kata2 pedas+lemak berkrim, ala2 pakai bazooka takpun M16. BANG ! BANG ! BANG ! Sumpah, sye luah ja semua apa yang sye duk pendam selama ni. Kalau setakat sekali dua salah yang IO buat tu dekat sye,sye still akan maafkan. Tapi, ni dah berkali-kali sangat. And ada ja orang tu selalu suruh sye beralah dengan IO. But, sorry, it's not the regular Efa you are dealing with. It's the version of E-HK. I called it Efa-Hati Kering.

I felt good, yelah lama dah kot tak marah orang and it's getting better when one of our bestfriend (there are 5 of us), came to see me at the Shop-A-Math program. Nak tahu dia kata apa? 'Kami semua tak marah apa yang hang kata dekat dia, sokong lagi ada. Apa yang hang kata kat dia semua betoi. Kami duk tegoq dia lama dah tapi xda effect. Hang sorang ja yang berani cakap macam tu. Aku tau hang saja cakap kasaq sebab nak bagi dia terasa & sedaq apa yang dia buat'. Dan bla bla bla bla. The end. And I was like '' haaa tau pon. ''.

 
:(


IO, fighting with my bestfriend is the last thing that I wanna do in my life. I apologize for the things I've said to you that night, but it's for your own good. Hm. Efa tak nak kawan Efa dikutuk dengan orang2 lain. Sakit telinga dengar tahu tak? I know my advices are not needed coz you already have that certain someone to tell you things you wanna hear. But, hey, like I care. Cakap, cakap dah. Nak terima ke tak nak, ikut suka. :) Kalau nanti dekat akhirat Allah tanya kenapa dia jd macam ni, sye akan cakap sye dah nasihat.

Ok. Next story. Waahh, panjang kan post kali ni? Hehe. Ala. . . Bukan selalu. Ok, semalam kaki sye terseliuh macam mana tak tau. Sengal siot. Jangan kata nak berjalan, nak berdiri pun derita gila. Kena pulak kaki yang terseliuh tu kaki yang ada masalah tulang tu. Aishhh. Dan2 rasa nak nyanyi lagu " I LIKE IT LIKE THAT - Hot Chelle Rae ". Hehe. Tapi at least Faizah and Sai manjakan sye bila jadi orang sakit ni. *Saya suka sya suka :D

Macam Big Boss.

Sayang Faizah & Sai ;) Oh, and hey,, Neon! *Ngeeeee~~






Tuesday 5 March 2013

Snap ! Snap !

Assalamualaikum.

Ok. Here it goes. Sejak semalam lagi sye nekad untuk buat something ni. Apa benda 'something' tu? *Bajet suspens sikit. Muahahahaha. Sye nekad, sye ulang, NEKAD ! untuk keluar dari group RM. There, I said it. :)

RM ni kira group yang tip top la dekat kolej sye ni. Dulu, sye tak berapa nak ingat macam mana, tapi nama sye boleh termasuk dalam group tu. That's fine. Mula-mula memang sye minat giler tahap gaban la dengan apa yang RM ni buat. Yelahhhh. Photography semua2 tu kan memang passion sye dari dulu. Tapi sekarang ni, feel tu dah hilang kot.

Gambar ini memang POYO! Haha.

Sye nekad nak keluar bila ada orang tu buat sye terasa hati. Derr, sye jugak manusia kan, ada hati and perasaan. Lain la dia, kot2 la tak ada salah satu atau tak ada dua2 terus. Suka suki ja nak marah orang tak tahu pasal. Ni kalau dia nak marah kalau sye yang salah, sye boleh terima. Masalahnya, dia ni suka cakap putar belit pulak. *Heiiiii ,lilit2 dia lepas tu campak dalam laut baru tau. Nak lagi tragic? Biar dia kena tokak (gigit) dengan ikan2 Piranha. 

Lagi satu, sye tak keluar dulu pun sebab sye nak belajar dengan lebih mendalam tentang ilmu2 photography ni. Tapi, yang belajar nya tak berapa banyak pun, buat kerja banyak ada la. -____- . Ish3. Dah macam paparazzi dah tengok depa2 semua tu. Terkejar sana. Terkejar sini.

Yang tak boleh blah la kan, ada la satu hari ni. Sye tersempak dengan dia dekat Astaka. Dengan muka masam macam apa lagi, dia boleh duk usyaa panas dekat sye. Nihh, tak boleh ka buat muka elok2 sikit? Sye sikit punya bagus bagi senyuman yang menawan lagi comel dekat dia, dia duk buat muka bengis ala-ala undertaker dekat sye. Apehal? Dia mula kan mukadimah dia dengan 'pot pet pot pet' dekat sye. Kot la nak bagi salam ka kan. Dia kata tak pernah nampak sye dalam perjumpaan la pa la. Elok sikit nah, sye sikit punya besar dia tak nampak ka masa perjumpaan2 yang dia buat tu? *Rabun ka juling? Apa2 ja la. Then dia suruh sye turun sebab ada event malam esoknya. Sye pun, ok la.

Ngeee!! Seram woi. .!

So, petang sebelum event tu kan, sye hantar la mesej dekat dia. Tanya sye dengan roomate tersayang sye ni nak kena buat kerja apa? But, dia reply- Dah ada orang tugas malam ni.. tak pe.. meaning tak payah bertugas malam ni. And I was like, fine. Ok. Thanks. 2 3 hari lepas tu, roomate sye cerita dekat sye yang dia 'sound' roomate sye tu depan orang ramai sebab tak turun malam event tu. Secara automatic muka sye ber-kerut2. WHAT?? Nyanyuk dah pa dia tu? Hari tu dia yang kata tak payah turun. Sye still ada lagi mesej yang dia hantar tu kalau nak sebagai bukti. Sekarang nak marah2 pulak. Siap dia kata 'Kamu berdua jangan nak lari daripada saya'. =_= ''

Tak 'kelapaq' aihh kami nak main lari2. Kalau lari dapat medal tak pa la jugak. Hish. Tak boleh nak tahan la macam ni. Tu yang nak keluar tu. Ha ! Cakap pasal yang keluar2 ni, sye duk ingatkan sye dengan roomate saja yang rasa tension dengan RM tu. Rupa2nya ahli RM yang lain pun rasa macam tu jugak. Dan sye dikejutkan dengan berita yang Froggy and Mr. Chubby-with-Specs telah selamat 'blah' dari group tu.

Woooooooo ! ! ! Biaq betol ????

Serius macam tak percaya ja. Sebab Si Froggy tu memang obses and psycho pasal RM ni. Haha. Macam lawak pun ada. Ok2. Wahai Froggy, walaupun awak sangat bajet, poyo, berlagak nak mampos and perasan gambar yang awak ambik tu lawa, (ehem2. . ambooiii dah2 la mengata nyer). Buat pertama kali nya, sye sokong keputusan awak untuk keluar dari RM tu. :D *pegang pom-pom. Give me a F-R-O-G-G-Y .. ! Goooooooo Froggy !! :)

Hehe. Nak ikut jejak langkah Froggy ni. :) Wish me luck. Moga2 sye dapat blah dari group tu SECEPAT MUNGKIN . Assalamualaikum.

Friday 1 March 2013

1st March

Assalamualaikum :D

Jap2. Hari ni berapa hari bulan ye? Oh. . ! Right. 1st March kan? :) Hari ni merupakan hari yang penting. Nak tahu kenapa? It's my sister's born day! Haha! *Clap2x. You are getting older Sis. ;)

Mesti Nana tak sabar2 tunggu birthday dia kan? Bet she's been waiting for the whole year. :P This morning, awal2 lagi dia dah bangun. Tapi malas jugak si budak ni nak mandi. Digeraknya kakak yang comel2 ni suruh pergi mandi dulu. Hoho. Sorry Sis, memang tak la. Apa lagi? *Tarik selimut, peluk Bear2 and kroh. . kroh. . kroh. .

Paradise kot

Lepas semua dah mandi apa semua, kami pergi semayang subuh berjemaah dekat masjid yang dekat dengan area rumah. After that, BREAKFAST TIME. . ! :D Waaaaa~ Nasi Kandaq Jalan Langgar memang best. Tabik spring sikit. Hehe. Tapi yang tak berapa nak best nya, masa tengah makan tu, ada la sorang lelaki ni tengah hisap rokok. Tak apa la kan. What really annoyed me is that smoke that he's blowing towards us. Derrr, that really piss me off. *GGRRRR. . ! Say NO to cigaratte.

Hm. Whatever lah. Apakah benda yang paling penting bila nak sambut birthday? Yes. A CAKE :) Kek yang Mama & Papa beli tadi tu memang sedap. Ice cream Cake . Yummy. :) And after that, its giving presents time. Yeay. Macam2 la minah tu dapat. Untunglaaaaaaa. One of it is a huggy so-called Mr. Meow2. Comel uh. Maaa. Nak jugak. :'( *aiipp. Cover sikit. Terserlah ke-budak2-an nyaaa.

 Haha. Boleh tara tu?

Jiwa muda la kata kan. Hehe. :P *muda la sangatttt. 19 dah. Lagi 1 tahun dah nak masuk geng-geng 20-an. Alamak! Ahad ni ada Dinamika. Haiyaaaaa. Pengucapan awam la makna dia. Isk3. . Takutnya, sebab dah lama tak cakap depan orang ramai. Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku. Janganlah gemuruhkan diriku. Dan Ya Allah, gemukkan lah dompetku, kuruskan lah badanku. Jangan terbalik lagi yaa. Please. Aminnn. :)

Ok lah. Sampai sini dulu. Assalamualaikum semua. :)