Friday 30 November 2012

The Day When A SHY Blogger was Born

Assalamualaikum.

Haha. Macam lawak ja tajuk post ni. Hee~ kisah apa. This is my blog right? :P Ok2. Pada hari Ahad lepas (25:11:2012) tuan punya blog ni dah berjaya sambut birthday nya yang ke-18 . Haha :) SHARIFAH NUR ARIFFAH SUDAH TUA! MASIH MUDA.

Secara jujurnya, ni kali kedua sye sambut dengan kawan2. Betul. Kenapa tak percaya? Kali pertama masa kecik2 dulu, masa umur dalam 5 ke 6 tahun tak ingat lah. Huhu. Lama gila kan? :) Meriah giler dulu-dulu punya cerita. *Miss that moment. Haa, birthday tahun ni, rasa terharu gila la.Sebab dapat hadiah dari kawan2. Boleh bayang tak apa yang sye rasa time sorang2 member datang bagi hadiah? YA ALLAH. Malu tak terkata!!


Betul. Tak tipu lah. Haha. Pelik kan sye? Orang bagi hadiah pun nak malu. :P Well~ Sye kan 'Gadis Pemalu Melayu Terakhir'. Perasan giler. Hari tu Ashan dah nampak dah muka sye bila blushing macam mana. I called it the "I'm-So Shy-Going-To-Die" face. Ahhh.

Haha. Ada jugak lawak bila sesi nak bagi hadiah tu. :) Yang tak boleh lupa tu, pasal roomate sorang ni. Ok2. Nak cerita la ni. Cuba korang bayangkan , apa yang korang akan buat bila tengah korang syok2 tidur, tiba2 korang bukak ja mata, korang nampak ada seseorang duduk bercangkung dekat tepi katil korang masa pukul 3 pagi?? Sumpah, hilang habis 'macho' sye malam tu. Huk3.

Haii. Takut punya pasal, automatik ayat "KAU KENAPA??!!" keluar. Haha. Rupa2nya dia nak wish Happy Birthday sebab dia lupa. Dengan muka anak kucingnya dia hulurkan hadiah kat sye. On the spot,muka sye yang tengah dalam terkejut tadi, berubah jadi merah. Maluuuuuuuuuuuu~ Serius, nak tergelak pun ada. Haha. Roomate yang dimaksudkan tu the one and only Fiezah la. :P

 Waaahh~ Hadiah!

 Ada lagi. Pulun gila. *Haha

 :) Lagi satu, birthday tahun ni lain sikit, sebab sye dapat 3 biji kek. Hadoii. Kek sye ni bukannya grand macam kek birthday korang, tapi it really means A LOT to me. Diorang semua sumbat sye makan kek coklat tu sampai habis. As a result, perut sye sakit. Haha but it was a very sweet moment. Sye anggap diaorang semua macam kakak2 sye. Kira hari tu sye dimanjakan macam adik bongsu la. Hihi. *maklum lah sye mana ada Kak atau Abang*

Sumpah kek ni sedap! Auummm.

Well~ Terima kasih sangat2 kepada member2 yang sempoi, terutama My Yayangs :Ja, Ashan, Faezah, Zatie, Ella, Fiezah, Farah, Iman, Wani J, Alya Amani, Geng2 bilik C2 T3 3 dan lain2.

Dah 18 tahun sye hidup, ni lah pengalaman & memori terindah yang tak akan sye lupakan sampai bila2. Dan dalam 18 tahun ni jugak, sye cuba untuk memperbaiki diri sye. Sebab sye tahu sye ni tak sempurna, ada banyak kekurangan. Sye juga bukannya nak 'bajet alim' , sye hanya ingin berubah kepada yang lebih baik.

'Efa janji akan cuba jadi yang terbaik buat Mama & Papa dan akan cuba jadi sahabat yang paling best buat teman2 Efa kat dunia ni. In Sya Allah.'  :)



Kadang yang Terindah bukanlah yang Terbaik.Yang kelihatan Sempurna tidak menjanjikan Bahagia.Namun jika kita dapat terima Kekurangan menjadi Kelebihan,itulah yang dikatakan Kesempurnaan yang Sebenar :)

#Efa hanya insan biasa.Assalamualaikum.

Thursday 22 November 2012

Something I Called 'Wish'

Di suatu pagi yang boring lagi mem-bosankan... Err,sama maksud ja kan? Ahh~

(~ ̄▽ ̄)~ Greeenngg3x!!~~ *Main gitar. ❤ Sayang dengarlah permintaanku..Jaga hatimu untukku.. ❤ ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪ 

Haha. Ayat kat atas tu tak ada maksud tersirat mahupun tersurat pun. :) *Yea ke?? Jeng..Jeng..Jeng.. Saja main2 dengan gitar, al maklum lah tak ada kerja. Hoho. Gitar dalam bilik tu dah lama tersepuk kat situ. Hadiah daripada Mama yang tersayang. Woot2. ;)

 My Mr.Black Butlers ;)

Nak bawa pergi kolej,rasa macam tak selamat je. Ye lah,kena curi karang, mau menangis 14 hari 14 malam. Eh? Kenapa tak beli lain ja kalau hilang? Bukan mahal pun kan? :) Yea benda ni memang boleh beli dekat kedai2, but it won't be the same as the original one. Right?

Em. Apa lagi yea sye nak cerita? Ha! Ahh. Errr. Yang tu nanti2 lah sye cerita. Hehe. Nak buat surprise. Lagi2 dekat Ashan. Hehe~ Suka nyaaa.!! Sebut pasal dia, teringat pulak KMK. ALAAAAA. Lusa dah nak balik dah. Tak best la. Hu~ Barang2 tak pack lagi. Mampus den.

Twister apa khabar yea? Lama dia hilangkan diri. Ish2, dah macam drama dekat TV3 dah budak sorang ni. Kejap ada masalah ni,kejap masalah lain pulak. Adoy. Dah2 la tu. Moga Allah permudahkan segala urusan sahabat sye yang sorang tu. AMIN.

KAKOM dah habis. Dan kolej kitaorang dapat nombor 7. TAHNIAH!! :D Ok la tu kan? Top 10 dalam Malaysia, always #1 ni our heart. Cheewah ayat tak boleh blah beb. Haha. If the KAKOM was over,that means...... our room at the college must be like 'TONGKANG PECAH' you know.

Tak payah nak bangga kalau bilik macam ni. :-/

Haiiii cobaan. Kepada peserta2 yang berkenaan, kalau dah menumpang tu buat la cara menumpang. Jaga lah sama harta benda orang lain yang korang pinjam tu. Pernah belajar Sivik atau Dinomika kan? :) Tolong la noohh. *senyum comel. Mintak2 la bilik kami nanti dalam keadaan ok je. Kalau tak,adessss.

Tadi Papa & Mama ada tanya, "Nak apa Birthday nanti?" Ooowaaahh~ "Nak2 Nikon DSLR baru! *huarghh2 gelak jahat". Sye ni hantu kamera harap maklum :) Sebenarnya melawak ja, memang la benda tu sye nak sangat2, tapi maybe tak ada kepentingan lagi kot? Tak apa lah, bagi la hadiah apa pon, cheq terima ja. Hoho. ;) *Papa,krim muka yang RM 200++ tu ok kot? HAHA!

Nikon Bebeh :)

Ok lah, mata pun dah kuyu semacam dah. -__-
#KMK, Come to MAMA~ Ahaha :)
#Tuan punya blog ni nak jadi tua dah!!
# Assalamualaikum :)

Sunday 18 November 2012

Come On Lah..

Hi guys. Uhhh. I'm super duper BORED right now. -_- *nampak kan muka 'Saya-bosan-tahap gaban'

Dah berapa hari ye sye balik rumah? 1.. 2.. 3... Hah, dah 13 hari rupanya. Adoi,bosannya tak terkata. Kerja sye hanya duduk saja dekat rumah. :') Nak keluar, tak boleh. Anak dara la kata kan. Hehe. Hari tu Mama kata " U may go to the cinema to watch 007 (wow2~~James Bond wink2), if and only if u had finished typing the report I gave u."

:: SKYFALL ::

Dengan semangat wajanya sye taip benda alah tu. Haii. Panjang giler lah report tu. Macam nak tercabut saja jari2 yang taip ni. Tapi, apakan daya. *isk isk. Papa kata nanti lah dulu. Aiyaaaa~ Huhu. Tak pa. Sabaq ja la Efa noh..........? :)

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sye boleh duduk rumah. Lepas ni,back to normal people. Kenapa rasa macam masa lambat sangat bergerak? Eh? Masa bergerak ke? Ke merangkak? Hah, apa2 saja lah kau ni Efa. Hoho. Budak ni rindukan KMK! WHAT??? No way Bro. -_- Not in a million years bak kata Nabil. Haha.


Huuuuu~ rindu lah dekat budak2 Praktikum 4,seriously. Next sem kitaorang dah berpecah. Awwww. So sad! Rindu gila2 dekat roomate yang tersayang. Huhu. Fizah a.k.a my roomate,tunggu Efa balik nohh. :D Nanti kita main sabun sama2 macam hari tu. Haha. Sabtu ni nak kena balik awal sikit lah, sebab takut jam jalan karang. ALAMAK! Barang2 semua tu macam mana? Ahh. Nak kena angkut semua balik pi dorm. JYEEAHH *Memang terbaik.

Ok lah. Kebosanan sye semakin bertambah. ~~Musik klasik~~~ :P Assalamualaikum :)

Friday 9 November 2012

Mari Merungut Malaysia

Haluuu. :) Sekarang dah start cuti sem 1. Well, secara rasminya pada 5 Nov hari tu. Barang2 yang sye bawa balik, tak payah nak habaq la. "Macam orang pindah rumah" Papa kata. Haha. Ok. Fine. Sye mengaku yang barang2 sye memang banyak giler. Huaa2~ Nasib la.

Ha. Sekarang aktiviti harian sye bertukar dari 'Bangun awal -> Pergi kuliah -> Balik Kuliah -> Makan -> Study -> Study -> Sakit otak -> Lena' ke 'Bangun lewat -> Pergi bilik air -> Bersiap2 + Makan -> ON laptop/TV -> Main game sampai bosan -> Lena (zzzzz) ' Haha! *jangan tiru aksi ini.

Ok. There's something weird is going on in KMK. Yup2. Dengar kata mula saja sem 2,kuliah,tutor semua asing2 untuk lelaki and perempuan. Bagus lah kalau King buat macam tu. Ada baiknya kan? :) Tapi tak terasa pelik kah kalau dalam 1 kuliah tu ade sikit je lelaki? Sebab Module kitaorang sikit saja jejaka2 KMK ni. Nak kena buat dua kuliah jugak eh? Pelik. Pelik. -_- *all the best to our pensyarah2 sekalian.

Ha! Lagi 1. Sye dipisahkan dengan classmate sye. Sedih giler kot. :( Faizahh!! TIDAKK!!!! Untung lah Faizah,Ella & Yantie still boleh duduk sekali. Zatie je tak tahu mana 1 kelas dia,tapi sama jugak praktikum.

Sye? K1M3P2(T2A). Nahh ambik hang.


Dengan muka kambing-nya sye tanya ada siapa2 yang sama dengan sye tak. Nasib baik la ada jugak kawan yang kenal sorang. Dan ada jugak yang budak yang sye tak kenal tapi dia tegur sye sabab kitaorang 'bakal-classmate'. Thanks Pa' An :) *Ni la untungnya jadi orang yang suka berkawan. :D Tapi,apa2 pun, P4 tetap dihati. SARANGHAE .

Hm. 24 Nov ni dah kena balik kolej. Maksud nya birthday tak boleh sambut dekat sini lah. AIIYAAARRKK!!~~ Why? Why? Why? Alaaa. Dah lah kena tukar kelas,birthday pulak tak boleh sambut dengan family. Wuuu~ *Merungut je kerja kau ye Efa? Haha. Rilek2.


See? Sye tahu sye OSEEMM~ :D Assalamualaikum.

Tuesday 6 November 2012

My Wonder Girls

Haluu~ Sebelum korang komen apa2 pasal post ni,baik sye bagitau siap2. Post ini sye buat sebab sye SUPA DUPA rindukan orang2 yang akan sye sebut dalam ni jap lagi. OHH! RINDU NYA! Padahal baru jew jumpa diaorang 2 hari lepas. Tidak ku sangka,tidak ku duka. :) Nak tengok muka2 Wonder Girls KMK? Lai lai lai~

Si Gadis Berkaca Mata

Si gadis yg belah kiri tu.

She's my one and only FAIZAH. :) Masa first time jumpa kak cik nih,huh. Seram pun ada. Sebab dia suka mengomel sorang2 bila dia marah kat seseorang. She was sitting right next to me at that time! Sye pulak dah la budak baru dalam kelas tu. Haii gemuruh + cuak ok? But,when time goes by,I get to know her even better. Yang best nya,dia ada banyak persamaan dengan my one and only sista,SHARIFAH NUR FAIRUZ SERENA! Serius tak bohong. Perangai diaorang ni sama ja. Bila rindu dekat adik,tengok la muka si Faizah ni. Ha bagus la. Sorang Faizah,sorang lagi Fairuz. Haha. :D

Next,
The Beauty & The Cute
 Kecomelan mengaburi Kebrutal-an

Ha tengok la dua2 orang ni. Ada rasa nak tarik2 pipi diaorang tak? If the answer is YES,you are in my side bebeh. Haha! Ok2,let me introduce them to you. Yang tengah tutup mulut ala gadis pemalu tu YANTIE. Haii nama dia bukan main susah lagi nak eja. Nama penuh dia ada 6 perkataan. WOW!! *Kalah den. Dia ni memang ada bakat la nak jadi nurse. Bukan apa,garang siot. Agak2 kalau gangster masuk hospital,gangster pun jadi takut kalau Yantie ni suruh makan ubat. EEERRR~~,ketakutan melanda diriku. *pernah menjadi mangsa

Kak cik yang pakai tudung pink tu pulak nama dia I'ZATI. But sometimes we just called her IO. :) Diantara Wonder Girls sye ni,dia la yang paling tua! Eh2,paling tak muda. *isu umur boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Haha. Just joking. Kira IO ni macam kak sulung kami lah. Dalam banyak2 kawan,dia sorang lah yang unik sikit dari orang lain. This is because she has many characters in one body. Don't believe it? If one day you met her face to face,please..DON'T RUN AWAY! hehe. But,serius,dia ni baik sangat2. Untung lah kau Sharifah Nur Ariffah sebab dapat kawan macam ni. :P Love u KAK! *lots of LOVE

Finally,

The Sweet Darling
 Nampak kan ke-sweet-an dia?

Nama budak sweet ni Suhaila. Tapi nama manja dia ELLA lah. Bukan Ella ratu rock tu tapi Ella ratu gula2 :) Kalau duduk dengan kak cik ni,memang WAJIB ketawa. Macam ni. Hahahahahahaha~ Ada saja yang dia buat mesti buat orang ketawa. She's a very friendly person. And of course caring too. Tapi 1 ja,sweet dia ni kadang2 hilang bila sye atau siapa2 diantara kawan dia sakit. Species lah depa semua ni.

:D That's all lah for now. Will write again later. See Yaa. Assalamualaikum :)