Sunday 26 August 2012

Dah raya lah WEHH!

Hari ni dah masuk hari raya yang ke 8. Wooaah? Dah raya ka? He3 mesti lah. Tahun ni rasa macam sekejap je kan kita puasa. Ho2,semua orang dok kalut je memanjang,mau nya nak sedar yang kita puasa 30 hari :) Rasa2nya masih belum terlambat kot nak ucap? :P SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.

Bunga api tak pernah miss :P

Tahun ni macam biasa,sye raya kat Terengganu. Jelez tak? Haha. Best oo raya kat sana. Dah la meriah sebab ramai saudara mara kat sana,dapat duit raya banyak pulak tu. *Sye still dapat angpau walaupun dah besar panjang macam ni. Angpau,COME TO MAMA~

Baju raya tahun ni lain sikit dari tahun2 biasa,sebab tahun ni baju sye kaler hitam putih (bak kata MJ,Black & White bebeh~) Hu2,selama 17 tahun 9 bulan hidup,tak pernah lagi baju raya kaler hitam :O Mencemar duli nampak? Hehe. Mana ada. Biasa la kan?

Me and Sista

Haha. Pelik dak gambar tu? Weekk. Tak kisah pun. This is my blog and I can do whatever I want :P Dalam duk sibuk2 beraya kat rumah orang,kaki dan tangan ni dah macam nak tercabut dah. Skru2 dalam badan ni dah nak terkeluar dah. Tu la jalan bukan main lagi. *Padan muka aku sendiri. Hehe!

Masa petang raya kedua tu,Khalifah keja duk hingaq (bising) nak pergi pantai katanya. Al maklum lah,kami bila duk kat Kedah,mana ada pantai. Pantai Johor ada laa. *Member2 PJ,PEACE YAWW :) So,apa lagi? Angkut 1 geng lah buat rombongan Cik Kiah pergi pantai. Orang lain duk sibuk pergi beraya,kami duk sibuk nak pi pantai. Muahaha!!

Aku ada. Hampa ada?

:) Tahun ni balik kampung,sye dapat sepupu baru lagi. Haha! Si Comel~ :D Ohh keluarga ku yang meriah. Love you soooooo MUCH!! Akhir kata,kepada semua readers, (bajet ramai orang dok baca blog ni,huaa3~), sye ingin menyusun 20 jari (10 kat tangan 10 kat kaki),ingin memohon maaf atas salah dan silap sye. Sesungguhnya sye hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan. Sye ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. DUIT RAYA JANGAN LUPA NOHH. :P


Friday 3 August 2012

UPS-Ujian Paling Serius? Haha

"Ehem2. Ok. Semua diminta bersedia,jangan duk kalih2 dekat belakang dah. Mengadap muka saya yang HENSEM ni sudah (uuuweekk). Ok. Semua boleh mula menjawab sekarang." Ha,macam tu la penyarah Sains Komputer sye kata tadi tu sebelum kami semua menjawab soalan PRA-UPS. Hu? UPS tu apa? Ujian Pertengahan Semester la. :)

Bila pensyarah kata 'Ready Set Go!' kami semua terus tunduk mengadap meja. Bukan sebab tak mahu tengok muka pensyarah yang 'hensem' lagi comel tu,tapi semua tekun nak jawab soalan Science Computer. Haha. Study bagai nak rak malam2 sebelum tu (STUDENT.YES.THAT'S HOW WE ARE.) Masa nak jawab tu,sye tengok kertas and... 'Aik? Biar betul? Semua yang sye baca semalam masuk dalm exam ni? YEEEEHHAAAAA!!' Seronok bukan main lagi sye tau.

 Aauuucakk!!

:) Next week dah nak exam secara besar2an. Oh takut nya jiwa dan raga. Tapi yang best nya,group2 PDT semua exam dalam aircond dekat perpustakaan. He he he! Sejuk2 karang takut terlena pulak bila tengah jawab exam tu nanti. Ha ha.Nangis guling2 la kalau jadi macam tu.

Ha! Hari tu group K1M3T4B duk bincang2 pasal nak berbuka ramai2 sebelum the real UPS nanti. And sebagai ketua,sye try la tanya my Mentor AKA Sir Gurmit,tanya 'Kitaorang nak berbuka puasa ramai2 boleh tak Sir? (dengan pelat Keyyeell yang pure punya). Ahaha. Last sekali Sir pun setuju. (yeayy!!)


Malam tu kami terpaksa jadi 'bodyguard' kepada Emi & Usop sebab diaorang takut. Haha! Muka cuak giler sebab ramai sangat budak perempuan. Yang geng2 perempuan pulak boleh buat muka gaya2 Babarian,mahu nya depa dua x takut. Huhu. Cobaan. Bila Sir datang,kami semua tengok lauk2 yang Sir uruskan,WOW! Macam macam adaaa~Memang teruja gila la bila nampak semua makanan atas meja tu :P

*Allahhuakhbar Allahhuakhbar~~*
Bila azan berkumandang,Usop bacakan doa dan kami semua makan. :D PAPRIKK!!! Mata tak lepas pandang lauk feveret tu. :D Ngeee~!! Sedap + Nikmat nya. :) And the best part is,Sir belanja makan malam tu. Memang terkejut la sebab memang kami semua dah kumpul duit sorang sikit kan untuk buat majlis tu. Tapi Sir kata anggap ni sebagai hadiah dari dia kepada kami semua. Dan untuk balas balik hadiah Sir tu,Sir suruh kami semua cemerlang dalam exam ni. :') Waaa terharu nya.

THANK YOU SOOO MUCH SIR GURMIT!! :D