Monday, 6 May 2013

In a GOOD mood.

Assalamualaikum. Cakk. . ! Hehe.

Rindu tak dekat tuan punya blog ni? *Nampak kan aura perasan sye yang begitu menyerlah di situ. Alright2, now let this cute lips 'meng-pot pet pot pet-kan' the story that I'm about to tell you. :)

First thing first, CUTI DAH START WOIIIII~~ ! ! *Loncat2 kegembiraan. Yup. Start exactly lepas habis last payyypeerrr. ;) Haa, bila dah start cuti sem, maknanya bilik tu memang nak kena clean & clear lah. Hadoooii. Penat giler oh. 3 beg besar pun tak cukup kalau nak isi dengan barang2 yang amat 'berguna' kepada bangsa, masyarakat dan negara. Huhu.

True story. Lolz.

So, its time to say goodbye to my fellow roommates. :) Well, of course I didn't cry. Control macho okeh! Haha. Khas buat hampa wahai Farah Fathiah, Nur Iman & little sis, Nur Hafizah. Jangan lupakan Efa ok? Hampa la first roommate yang Efa ada yang memang perangai gila2 + gelong sikit. *Itu pujian tau. :P Efa harap kita semua dapat jumpa lagi nanti. Time tu, In Sya Allah kita semua dah sukses dah jadi psychologist, doktor gigi and maybe an engineer. AMIN. . Moga persahabatan kita kekal, 'till Jannah.

"A real friend cares like a MOM, scolds like a DAD,
teases like a SISTER, irritates like a BROTHER,
and loves more than a LOVER."

Guardians of C2.T3.02 (12/13)

Yeah. Love u forever kawan.

Ok. So berbalik kepada cerita si budak yang tengah cuti semester ni, sye sekarang ambil peluang nak jadikan diri ni cekap memasak. Muahaha~ Jyeeaaahhh . . ! Semangat kot ni. Orang selalu kata, nak jadi isteri orang, kena la pandai serba serbi. Amboii, gatai noh nak kawin? Haha. Choooiiii. Mana ada ! Nak persiapkan diri la, lagi pun, kemahiran hidup kan? lalalala~

Papa pun ada kata, dressing pun kena tukar, tak nak nampak childish dah. Cutee laaa Papa. :P Yelahh2, nak tukar,tolong la beli baju baru. *Senyuman penuh 1001 makna mula muncul.

Cute. Isn't she? :)

Hoho. Mesti la. Cute macam sye. Weeekkk. Ha ! Hari tu Papa bawak kami pergi tengok Iron Man 3 - 3D youallzzz. Syok gila tahap gaban kot. And guess who did I got bump into? Yup, that person is SC. Woiii. Lama tak nampak hang wey kawanku sorang ni. Rindu KP dak? ;) Miss you moreeeeee. .  Kami bestfriend forever dari dulu lagi. Nothing can separate us, sahabat. Heeeee~~ Well, I'm in a happy mood today. :D A lot of great things had happened to me, and I felt GREAT ! *Tribute to Si Busuk. Haha. TQ ! Em. Rasa macam nak practise gitar lah. Hoho. Kesian Black Butler kena tinggal lama kat rumah. Huhu. Don't worry, I'm back now.

Ok lah. Sampai disini dulu. Let's chit chat some more later. Bai-2 & Assalamualaikum. :)

Wednesday, 24 April 2013

Yang Terindah ✿◕ ‿ ◕✿

Assalamualaikum. :)

Hari Isnin lepas merupakan bermulanya PSPM atau nickname nya yang pandai-2 sye bagi, 'Peperiksaan Susah Pasti Mangkat'. Haha. *Mohon maaf kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Well, study week sye telah gunakan untuk study and semestinya untuk tidur. Zzzzzz. 2 in 1 okehh.

Sebenarnya, lama dah sye nak kata benda ni. Tapi, apakan daya. :-/ Ok. Let's cut the chase shall we? I dedicate this to IO & Ashan. Sebelum tu, sila bayangkan Efa tengah main gitar hitam Efa tu sambil nyanyi dengan suara katak Efa ni. Orait, here it goes. Grenggg. . Greennggg . . Greenngg ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
*Err, sila baca dengan fikiran yang positif yaa. Friend-to-friend kind of things.
 Sejak kenal dengan hampa dua, hari2 Efa kerja duk gelak ja memanjang. :) Yelaahh, Efa dah jumpa geng yang memang 'Ngam' dengan diri Efa ni. (─‿‿─)
Kau yang bernama IO & Ashan
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah :)
Siapa-2 yang dapat kawan macam hampa, untung lah depa. I wish I could be that person again. :') The one yang akan gelak terbahak-2 sampai senak perut bila hampa 2 buat perangai gila-2. :D
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
PERSAHABATAN disalut dengan kejujuran
IO, maafkan Efa sebab marah-2 hari tu. Efa hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Maafkan diatas segala kekhilafan Efa. Bak kata Madam Syatilla, "Maafkan saya, syaitan tiba-2 dah menghasut saya tadi. . Hehe. ." Ashan. . . huuu~ Hari-2 Efa tanpa Ashan, terasa macam bekas tupperware Apple Lady yang kosong, felt really empty, seriously. :( I'm sorry Ashan. Sobs2. . .
Menyayangi dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Sungguh, Efa rindu sangat-2 dekat hampa 2. Tak bohong aiihh. Roomate Efa pun dah naik bosan bila Efa selalu cerita dekat depa yang Efa mimpikan kita semua duk gelak-2 & melawak macam zaman dulu-2. Huhu. Kadang-2 bila kita tersempak, Efa tak boleh nak pandang muka hampa. Sebab Efa tak mau hampa nampak muka Efa yang sedih ni sebab kita dah tak jadi kawan macam dulu. . 


Ego kan Efa ni? Yeah. (-'_'-) I know. Tapi, harap hampa 2 boleh terima Efa balik bila Efa datang minta maaf face-to-face dengan hampa nanti. Bila tiba waktu dia, I will come to you my self. Kalau Efa tak berkesempatan, harap maafkan bukan dengan hati yang terpaksa, supaya Efa dapat pergi dengan tenang. :D

From the day we met, until now, you guys will always be in my heart.
ಥ_ಥ *Syahdu tiba-2. Errkk.

Najwa Latif, Yeaayy~ Ainan Tasneem, Buuu~

Until then, Assalamualaikum. :)

Sunday, 7 April 2013

Aku Terpesonaaa ~~

Assalamualaikum :) Cakk. . ! Hehe.

Baru-baru ni sye telah menghadiri satu majlis yang agak DA-BOOM SHAKALAKA~ :) Yup, majlis tu diberi nama Malam Pesona Anggun Seri Laka. "Grand giler baq haangg" . Al maklum lah sye kan orang biasa2, mana la nak pernah masuk event2 macam ni. Ker cener? :P

Masa sampai dekat dewan dia tu, MasyaAllah. . Ramainya orang. :( Macam mana nak masuk ni? And yang paling penting, time bila nak dapat makan kalau semua pakat dok cangak depan pintu masuk ni? Waaaa~ perut yang dari tadi mendendangkan lagu2 Rock kapak,pisau,sabit dan sewaktu dengannya  minta diisi dengan segera. Shuuhh2. Tumpang lalu sikit, gadis kelaparan nak lalu. Haha.

 Miss2 World 

Haaa. Tudia. Sementara orang lain tengah berebut nak masuk dan gayanya nampak macam main Rugby pun ada, kami Miss2 World sedang busy snap gambar. Ha pilih2, hantaran RM20 000 keatas. Haha. Bila majlis tu mula, memang best. :) Sampai ternganga semua orang termasuklah sye yang tengah betul2 fokus dekat makanan yang terhidang tu. :P Oraitt, let's see the pics shall we?

Mida & Me

Si Kacak & Si Cantik








Datin Efa Al Khuraish. Puuiihh.

Heee~ Gambar ni telah menyebabkan tercetusnya konflik dimana semua member2 pakat terkejut habis. Kata diaorang, "Awat hang makin kurus weh???" "Segaknyaa. Anak sapa la ni." "Hang edit pa ni KP?'' *yang ni tak boleh blah. Haha. Oit member2 ku sekalian, ini betul2 bukannya COBAAN. Haha. :) Yaaa. Si Kp hampa yang 'comel' lagi 'gebu' dulu dah jadi macam ni. Ooo, bila dah segak sikit baru orang start nak pandang ye? Haha, tak ada maknanya. Semua makhluk ciptaan Allah cantik2 & hensem2 belaka,kan? Razin,Yob,Yanie,Amin pun ada tegur tapi macam tak berapa nak percaya sangat. Tapi, bila Taiko a.k.a Pudin yang tegur, haaa,yang ni baru boleh percaya.

Talk about Pudin, baru2 ni Bro sye tu dah sambut birthday yang ke-19. :) therefore, I've made something special to him. 

Pudin kata benda ni style~ TQ :D

Yup. Dia suka gila kot. Siap buat benda ni sebagai background lappy dia. :) Hehe. Moga kami semua akan jadi kawan baik buat selamanyaaa~ AMIN. Oraiitt, got to go. Ada lagi satu dinner yang nak kena pergi. Arabic style. Woot-2. ;) Hehe. Until then, Assalamualaikum.


Sunday, 10 March 2013

Bila Brutal Mengatasi Kecomelan

Assalamualaikum.

Hai. Umm. For the past few days, my life had been miserable. How could this happen? Let's check it out. Zaaaazzzzz~ ~ * Haha, kau bajet ni Melodi ke ape? :P

Ok. Semua ni bermula bila sye & salah seorang daripada bestfriends sye bergaduh besar. Well, totally a HUGE FIGHT. And that person is IO. Mesti korang akan cakap, 'Kenapa boleh gaduh kalau bestfriends?' :) For me, this is what friendships is all about. Semua ni bermula sejak sye dan member2 praktikum yang lain ada pertandingan musical sketch lagi. But, let's skip that part shall we?

Pergaduhan ni bermula bila IO telah buat satu kesalahan yang bagi sye, agak tak bertanggungjawab sebagai ahli kumpulan dalam group di makmal kimia. Dia tak siapkan report kimia tu and dia ambik report kawan sye lagi sorang tanpa pengetahuan diaorang. Well, dua2 group kena potong markah. Bagus kan? Group lagi satu tu bengang gila lah dengan kami bertiga, sye , Mardhiah & IO.


Sye dengan Mardhiah memang gelisah tak tau nak habaq la orang Kedah cakap, so kami berdua pergi mintak maaf. Blah~ Blah~ Blah setalah disoal siasat oleh group tadi. Kami berdamai. :) Yeayy~ *Clap2x. . .!!

Malam tu, sye tak tahu kenapa, memang rasa bad mood ja. Serius, rasa macam jerit je kuat2. Dengan sakit kepala nya semua cukup. Memang terbaik lah. At that time, one new message pop-up in my phone' screen. Ashan. . . Dia tanya ada masalah apa? Sye tengah bad mood time pasal minah RM tu, dia tanya pulak macam tu. So, tiba2 ja sye pot pet pot pet pasal IO. Terasa sebab kawan2 agak tak percayakan kami disebabkan IO. *Dah macam Mak Jemah dah sye ni. Haha.

Dan bila IO mesej, sye tak boleh nak terima maaf dia tu dari phone. Sye ni jenis, kalau ada buat salah, datang mintak maaf depan2. Sebab sye nak tengok tahap keikhlasan maaf orang tu. And dalam mesej tu IO ada kata - "I'll rarely talk to each other if that will satisfy you. Sorry. Bye." Sye pun kata la yang sye tak nak macam ni. Kena cakap depan2 baru la sye nak terima. Tak kan dengan cara ni ja nak setel masalah? That's when the whole thing happend. IO kata sesuatu yang betul2 buat hati sye hancur, terasa macam IO tikam2 sye.

Akan ingat sampai bila-2

:') Yeah. I cried. Wuuuu. Malu dekat Faizah, tapi. . . Hah, lantak lah ! Wuuuuu~ Tahniah IO, sebab jadi orang pertama yang berjaya buat Efa nangis pasal bestfriend Efa. Pada tarikh 7/3/2013 pukul 10.57 malam, sye pulak yang 'membedil' dia dengan kata2 pedas+lemak berkrim, ala2 pakai bazooka takpun M16. BANG ! BANG ! BANG ! Sumpah, sye luah ja semua apa yang sye duk pendam selama ni. Kalau setakat sekali dua salah yang IO buat tu dekat sye,sye still akan maafkan. Tapi, ni dah berkali-kali sangat. And ada ja orang tu selalu suruh sye beralah dengan IO. But, sorry, it's not the regular Efa you are dealing with. It's the version of E-HK. I called it Efa-Hati Kering.

I felt good, yelah lama dah kot tak marah orang and it's getting better when one of our bestfriend (there are 5 of us), came to see me at the Shop-A-Math program. Nak tahu dia kata apa? 'Kami semua tak marah apa yang hang kata dekat dia, sokong lagi ada. Apa yang hang kata kat dia semua betoi. Kami duk tegoq dia lama dah tapi xda effect. Hang sorang ja yang berani cakap macam tu. Aku tau hang saja cakap kasaq sebab nak bagi dia terasa & sedaq apa yang dia buat'. Dan bla bla bla bla. The end. And I was like '' haaa tau pon. ''.

 
:(


IO, fighting with my bestfriend is the last thing that I wanna do in my life. I apologize for the things I've said to you that night, but it's for your own good. Hm. Efa tak nak kawan Efa dikutuk dengan orang2 lain. Sakit telinga dengar tahu tak? I know my advices are not needed coz you already have that certain someone to tell you things you wanna hear. But, hey, like I care. Cakap, cakap dah. Nak terima ke tak nak, ikut suka. :) Kalau nanti dekat akhirat Allah tanya kenapa dia jd macam ni, sye akan cakap sye dah nasihat.

Ok. Next story. Waahh, panjang kan post kali ni? Hehe. Ala. . . Bukan selalu. Ok, semalam kaki sye terseliuh macam mana tak tau. Sengal siot. Jangan kata nak berjalan, nak berdiri pun derita gila. Kena pulak kaki yang terseliuh tu kaki yang ada masalah tulang tu. Aishhh. Dan2 rasa nak nyanyi lagu " I LIKE IT LIKE THAT - Hot Chelle Rae ". Hehe. Tapi at least Faizah and Sai manjakan sye bila jadi orang sakit ni. *Saya suka sya suka :D

Macam Big Boss.

Sayang Faizah & Sai ;) Oh, and hey,, Neon! *Ngeeeee~~






Tuesday, 5 March 2013

Snap ! Snap !

Assalamualaikum.

Ok. Here it goes. Sejak semalam lagi sye nekad untuk buat something ni. Apa benda 'something' tu? *Bajet suspens sikit. Muahahahaha. Sye nekad, sye ulang, NEKAD ! untuk keluar dari group RM. There, I said it. :)

RM ni kira group yang tip top la dekat kolej sye ni. Dulu, sye tak berapa nak ingat macam mana, tapi nama sye boleh termasuk dalam group tu. That's fine. Mula-mula memang sye minat giler tahap gaban la dengan apa yang RM ni buat. Yelahhhh. Photography semua2 tu kan memang passion sye dari dulu. Tapi sekarang ni, feel tu dah hilang kot.

Gambar ini memang POYO! Haha.

Sye nekad nak keluar bila ada orang tu buat sye terasa hati. Derr, sye jugak manusia kan, ada hati and perasaan. Lain la dia, kot2 la tak ada salah satu atau tak ada dua2 terus. Suka suki ja nak marah orang tak tahu pasal. Ni kalau dia nak marah kalau sye yang salah, sye boleh terima. Masalahnya, dia ni suka cakap putar belit pulak. *Heiiiii ,lilit2 dia lepas tu campak dalam laut baru tau. Nak lagi tragic? Biar dia kena tokak (gigit) dengan ikan2 Piranha. 

Lagi satu, sye tak keluar dulu pun sebab sye nak belajar dengan lebih mendalam tentang ilmu2 photography ni. Tapi, yang belajar nya tak berapa banyak pun, buat kerja banyak ada la. -____- . Ish3. Dah macam paparazzi dah tengok depa2 semua tu. Terkejar sana. Terkejar sini.

Yang tak boleh blah la kan, ada la satu hari ni. Sye tersempak dengan dia dekat Astaka. Dengan muka masam macam apa lagi, dia boleh duk usyaa panas dekat sye. Nihh, tak boleh ka buat muka elok2 sikit? Sye sikit punya bagus bagi senyuman yang menawan lagi comel dekat dia, dia duk buat muka bengis ala-ala undertaker dekat sye. Apehal? Dia mula kan mukadimah dia dengan 'pot pet pot pet' dekat sye. Kot la nak bagi salam ka kan. Dia kata tak pernah nampak sye dalam perjumpaan la pa la. Elok sikit nah, sye sikit punya besar dia tak nampak ka masa perjumpaan2 yang dia buat tu? *Rabun ka juling? Apa2 ja la. Then dia suruh sye turun sebab ada event malam esoknya. Sye pun, ok la.

Ngeee!! Seram woi. .!

So, petang sebelum event tu kan, sye hantar la mesej dekat dia. Tanya sye dengan roomate tersayang sye ni nak kena buat kerja apa? But, dia reply- Dah ada orang tugas malam ni.. tak pe.. meaning tak payah bertugas malam ni. And I was like, fine. Ok. Thanks. 2 3 hari lepas tu, roomate sye cerita dekat sye yang dia 'sound' roomate sye tu depan orang ramai sebab tak turun malam event tu. Secara automatic muka sye ber-kerut2. WHAT?? Nyanyuk dah pa dia tu? Hari tu dia yang kata tak payah turun. Sye still ada lagi mesej yang dia hantar tu kalau nak sebagai bukti. Sekarang nak marah2 pulak. Siap dia kata 'Kamu berdua jangan nak lari daripada saya'. =_= ''

Tak 'kelapaq' aihh kami nak main lari2. Kalau lari dapat medal tak pa la jugak. Hish. Tak boleh nak tahan la macam ni. Tu yang nak keluar tu. Ha ! Cakap pasal yang keluar2 ni, sye duk ingatkan sye dengan roomate saja yang rasa tension dengan RM tu. Rupa2nya ahli RM yang lain pun rasa macam tu jugak. Dan sye dikejutkan dengan berita yang Froggy and Mr. Chubby-with-Specs telah selamat 'blah' dari group tu.

Woooooooo ! ! ! Biaq betol ????

Serius macam tak percaya ja. Sebab Si Froggy tu memang obses and psycho pasal RM ni. Haha. Macam lawak pun ada. Ok2. Wahai Froggy, walaupun awak sangat bajet, poyo, berlagak nak mampos and perasan gambar yang awak ambik tu lawa, (ehem2. . ambooiii dah2 la mengata nyer). Buat pertama kali nya, sye sokong keputusan awak untuk keluar dari RM tu. :D *pegang pom-pom. Give me a F-R-O-G-G-Y .. ! Goooooooo Froggy !! :)

Hehe. Nak ikut jejak langkah Froggy ni. :) Wish me luck. Moga2 sye dapat blah dari group tu SECEPAT MUNGKIN . Assalamualaikum.

Friday, 1 March 2013

1st March

Assalamualaikum :D

Jap2. Hari ni berapa hari bulan ye? Oh. . ! Right. 1st March kan? :) Hari ni merupakan hari yang penting. Nak tahu kenapa? It's my sister's born day! Haha! *Clap2x. You are getting older Sis. ;)

Mesti Nana tak sabar2 tunggu birthday dia kan? Bet she's been waiting for the whole year. :P This morning, awal2 lagi dia dah bangun. Tapi malas jugak si budak ni nak mandi. Digeraknya kakak yang comel2 ni suruh pergi mandi dulu. Hoho. Sorry Sis, memang tak la. Apa lagi? *Tarik selimut, peluk Bear2 and kroh. . kroh. . kroh. .

Paradise kot

Lepas semua dah mandi apa semua, kami pergi semayang subuh berjemaah dekat masjid yang dekat dengan area rumah. After that, BREAKFAST TIME. . ! :D Waaaaa~ Nasi Kandaq Jalan Langgar memang best. Tabik spring sikit. Hehe. Tapi yang tak berapa nak best nya, masa tengah makan tu, ada la sorang lelaki ni tengah hisap rokok. Tak apa la kan. What really annoyed me is that smoke that he's blowing towards us. Derrr, that really piss me off. *GGRRRR. . ! Say NO to cigaratte.

Hm. Whatever lah. Apakah benda yang paling penting bila nak sambut birthday? Yes. A CAKE :) Kek yang Mama & Papa beli tadi tu memang sedap. Ice cream Cake . Yummy. :) And after that, its giving presents time. Yeay. Macam2 la minah tu dapat. Untunglaaaaaaa. One of it is a huggy so-called Mr. Meow2. Comel uh. Maaa. Nak jugak. :'( *aiipp. Cover sikit. Terserlah ke-budak2-an nyaaa.

 Haha. Boleh tara tu?

Jiwa muda la kata kan. Hehe. :P *muda la sangatttt. 19 dah. Lagi 1 tahun dah nak masuk geng-geng 20-an. Alamak! Ahad ni ada Dinamika. Haiyaaaaa. Pengucapan awam la makna dia. Isk3. . Takutnya, sebab dah lama tak cakap depan orang ramai. Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku. Janganlah gemuruhkan diriku. Dan Ya Allah, gemukkan lah dompetku, kuruskan lah badanku. Jangan terbalik lagi yaa. Please. Aminnn. :)

Ok lah. Sampai sini dulu. Assalamualaikum semua. :)

Monday, 25 February 2013

Things in my head.

Assalamualaikum.
Ok2. Hari ni ,macam2 yang bermain dalam otak sye, so jangan tanya la kenapa kalau post ni tunggang terbalik nanti. Haha. :)

Ermm. Beberapa hari yang lepas, sye macam biasa, pergi kelas, makan, perah otak and many more. Dalam kesibukan tu,tiba2 ada la sorang hamba Allah ni, datang kat sye. Sye buat biasa saja la, al maklumlah sye kan 'Si Brutal yang Ayu'. Hehe. *Perasan. Well, sebenarnya budak tadi tu tak ramai yang suka kawan dengan dia. Bukan apa, diaorang kata yang budak tu suka buat masalah. Mulut orang kan, siapa boleh halang?

Keep smiling no matter what others said.

But, hey, it turns out that she is a very nice person. Yup, serius dengan sye memang dia baik ja. Tak ada lah pulak macam nak cari pasal ke apa kan. Silap sye jugak sebab terlalu percayakan orang2 sekeliling. Maybe si budak tu hanya bersikap tak baik dengan orang yang judge dia tanpa mengenali diri dia yang sebenar. :) On the other hand, orang yang kita dok kenal, baik ja depan kita. TETAPI, alangkah malangnya nasib, dapat kawan dengan orang yang pentingkan diri sendiri. Astaghfirullahal'azim.. :( Kecewa kot. Wahai sahabat, ni cheq nak habaq mai. Kita kawan, kawan jugak, tapi jangan lah ambik kesempatan dengan kebaikan yang orang buat dekat kita. Kalau dalam bahasa kasar sikit berbunyi " Awat hang ingat aku ni kuli hang ka pa?? ". Puuuiihhh! Moral of the story, 'Don't judge a book by its cover' .

Haiii. Sabar Efa oi. Dugaan ja semua ni. *Tarik nafas. *Haaaaaa~ *Huuuuu~ :) Haa. Petang tadi ingatkan boleh turun pergi padang. Al maklumlah semenjak masuk semester 2 ni, sye makin rajin untuk exercise. Hehe. Tapi. . . . .  hujan la pulak. Haiyaaaa. Si Sai pun tak puas lagi nak main bola jaring selepas dirinya berjaya dihasut oleh sye. (Bangga sorang2) :D Tak pa okey Sai. Nanti bila2 kita free kita pergi main bola okeh? ;)

.Me.Nad.Sai.

Haha. Sye suka giler tengok gambar ni. Bukan apa, tapi lawak. :D Nad oh Nad. Ada2 saja benda yang dia buat boleh buat kami gelak sampai tak kering gusi. Time ni kami baru habis shooting untuk video 'Variation' untuk subjek Biology yang pensyarah kami suruh buat. Tengs buat Nad, Sai, Syaza, Hazira & Amira sebab sporting bila berlakon untuk projek kita ni. Muchas Gracias. :) Tinggal nak edit and tambah sikit2 lagi dekat video tu and Insyaallah, we'll get it done by the end of the week. And pagi tadi sye dengan bangganya pergi Serambi Pelajar untuk ambil Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Woot-2!! Tiba2 lagu Big Bang play dalam otak. *Wow. Fantastic baby. . !

Okeh. Trimas sebab jeles dengan sye. :P

Hm. Nak beli apa ye dengan baucer ni? Orang lain semua pakat2 dok beli hard-disk la, tab la, nuu la, nie laa. Haii nafsu semua tu. Sabar-2. :) Nanti fikir lain lah nak beli apa, coz this is mine, and I can do anything I want with it,right? Nak bagi setel semua kerja, sebab hujung minggu ni sye nak balik rumah. . ! YEAAHHH..! Rindu dekat Mama, Papa, Abang Khalifah, Sista Serena, Mr.Gumball, Mrs. Normel & ikan2 Koi dalam kolam tu. :) Tak nak duduk KMK, nak balik rumah. Hehe. (Jangan jelez u allsss). Ok lah. Mata pun mengantuk dah ni. Tidor dulu yea. 

Assalamualaikum :)

Friday, 8 February 2013

Hari Pelik yang Owesome

Assalamualaikum hampa~~~

Okeh2. Hari ni dimulakan dengan bangun lewat di pagi hari. Tapi jangan risau, subuh tadi dah bangun sembahyang dah nah. ;) *dahulukan sembahyang okeh,sebab sembahyang itu tiang agama. :D* Penat sangat kot semalam? Padahal bukan buat apa sangat pon. Haha.

Orait,pagi tadi bangun,lepas tu papa belikan makanan yang super duper sedap, *this is how I'm getting fatter than ever when I stayed at home* Yummm yummm yummm.And,, JENG! JENG! JENG! Papa kata, "Kakak,jom keluaq jom?" "Nak pi mana?" "City Plaza" And I was like Yeaahh!! *tiba2 lagu Scream-Usher main dalam otak*

Sampai saja dekat CP, 'perak' kejap. Lama dah kot tak jejak kaki dekat area ni. Huhu kesian kan? :'( Pergi CP, Papa ajak beli kasut. Waaaahhhhh~ Papa belanja! THIS IS BEST BRO~ Mula2 sepasang, ok la kan. Tengok2 Papa kata ambik la sepasang lagi. Perghhh. Papa, your the best. . . !

Alamak terlebih sudah. . .


Lawa kan? :D

Heee~ Sukanya. :) Tapi, apa yang betul2 ada dalam fikiran sye sekarang ni ialah 'Khai'. Dia salah seorang antara best friend sye, and NO he is not my boy friend or what so ever. We are just pals :) Semalam tiba2 mimpikan dia. Oit pak cik, asal masuk mimpi orang ah? Haha. *melawak ja noh Bro~* Kami dulu pernah sekolah rendah sekali, tapi masuk je sekolah menengah kami dua lost contact. And after 5 years, kami jumpa balik, *Thank you Allah. :D

Mamat ni serius lawak kot. Sye kalau sembang dengan dia memang tak kering gusi ni. *Hahahahahahahahahahahaha. *semput -____- Khai dulu pernah ajar sye bahasa Thai dulu,ingat tak? Ada pernah sye post pasal bahasa Thailand tu. :) Hmm. Sekarang sye tak tahu kemana hilangnya Mr. K sye tu. Missing-in-action , AGAIN! Khai wehh, hang pi mana? Sejak sye masuk matrik, tak ada dengar dah pasal Khai. Heran sye.

 Cari atas pokok,kot2 la dia ada dekat situ.

Khai, hang jangan lupa aq noh. Rindu kat hang kot kawan. Haha. :') Rindu bila kita tiga melawak sakan. *Also to my girlfriend Nada Syahmi.* Huu~ ok setakat tu dulu pasal member2 sye. Ha! tadi tengah syok online, tiba2 dapat call dari senior KMK. Terkejut den ingat ada mesyuarat tergempar ke apa, rupa2nya dia nak wish Good Luck untuk result exam nanti. Siap bagi nasihat lagi. Waaa bagus nya senior2 ni. Insyaallah result exam nanti ok. AMIN. Muchas Gracias awok~ ;)

My silly expressions

1- Muka yang sye buat bila dapat call dari senior.
2- Cuba nak fahami apa yang dia nak cakap. Huuuuu~
3- Aahhhh~~!! Faham dah! :P
4- Hehe. Terima kasih. Malu ah.

:) via Si Bulan yang Chantek, Assalamualaikum.

Monday, 4 February 2013

Sweet 19 already?

Assalamualaikum :)

Ok. Sekarang tengah ada dekat rumah, (mesti lah kan.............) , and I had been thinking about something, and it made me realized that, I'm getting older! Is it a good thing? Hurrmm.. :/ Serius, baru teringat yang diri ni dah masuk 19 tahun, tu pun tadi ada member yang borak2 and kata, ''Kau tu dah tua,ada hati nak melayan kartun lagi.''. Hehe. Duk berasa macam form 5 lagi. Haiyaaaa. Alaaaaa. Tak nak la dianggap tua. *muka comel

Sye muda lagi,comel macam budak ni. :P

Haha. Perasan kan? Biar lah,blog sye. Ini semua POYOOOO~ :P Ha!! Cakap pasal dah masuk 19, teringat pulak, kad pengenalan tu sampai bila nak pakai gambar 'orang asli' a.k.a diri sye dulu2 tu? Waarrgghhh~ Mama~ Nak tukaq gambaq buleh dak Ma? :'( Tak mau dah pakai kad tu. Wuuu. *malu *pipi merah,pink,biru,hijau ;) Alang2 dah cuti ni,boleh tak nak pergi buat kad baru? Hehe. (pandai tak sye?hoho~)
Last year sebelum masuk Geng 20-an. Err.. Seram lah der~!!
Worait2, aktiviti hari ni : MELEPAK DI HADAPAN LAPTOP, lagi. -____- Tahu kan apa yang sye nak sebut? B.O.S.A.N huhu. Nasib baik la tadi Ashan duk online. Boleh jugak duk merepek dengan dia. Yob pun sama. Bagus nya member sye ni. Lama kot tak jumpa Yob. :D Huuuu~~ Dah la hari ni sehari duduk sorang2. Semua orang balik lewat giler kot. Kesian sye yang hanya ditemani oleh Mr. Ash (my precious purple bear) , Gumball (my hensem cat) & his mother, Mrs. Normel. Meoooww2~ *Mr. Auk2 a.k.a Chiroo tak dapat menghadirkan diri kerana sye telah memberi amanah dekat dia untuk menjaga loker sye dekat kolej. HEHE! *Duk mengaum apa dalam loker tuh? :)

Meow2. COmel kan? :D

Mama... Papa... Cepat la balik, anakmu ini kelaparan & ketakutan duduk sorang2 lama sangat. Huhu. *Dasar anak manja! :P Balik kolej nanti kan, memang komfem sye akan buat rutin macam dulu, 'Petang2 turun padang & EXERCISE' . Woaaahh. Duduk dekat rumah, memang sye tak boleh nak duduk diam. Yelah kan, dah terbiasa petang2 pegi riadah. Adus. Rindu gila nak main bola jaring. Awat? Tak percaya 'budak chubby' ni main bola jaring? Hoho. See the leg la. 'Tere' kot. ;) Walaupun selama 19 tahun hidup, memang tak pernah terlintas dalam fikiran nak main benda alah ni. Pelik pulak bila sye syok main bola2 ni. Haha. (Anak Pak Tuan ni on the way nak makin slim lagi. Hehe)

Ni la geng2 BJ :) lagi 2 orang,hilang.Hehe

Tadi Ashan pun ajak sye siap2, "Efa,balik kolej nanti kena teman exercise petang2'' Yelah Bos! Haha~ Otak cerdas, Minda cergas. Cheewaahh .Ok lah. Sampai sini dulu. Nanti sye post lagi. Until then, see u later, my love~~ haha :)

Dari Cik Bulan yang cantik, Assalamualaikum. . .







Saturday, 2 February 2013

Saya Si Buntal,,eh Si Bulan

Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

Huhu. Tudia. Jiwang giler. :P Alahh,bukan selalu nak nyanyi lagu2 macam ni. :) Eh? Terlupa pulak, Assalamualaikum korang semua :D Terasa lama lah pulak tak update blog ni, (ke sye sorang je yang perasan lebih? ) *Biar lah, ade aku kesah?

Worait, first of all, the owner of this blog is at her beautiful and marvelous 'HOME SWEET HOME'. Yup, I'm home bebeh. ;) Waaaahh. Speaking London ya kamu wahai Efa?. Hehe, bukan bajet tapi sedang practice untuk public speaking yang sye nak kena buat nanti. Kuuussss semangat. :/

Alor Setar :)

Sye akan ada dekat sini lebih kurang 2 minggu lah, cuti Mid Sem lah kata kan... 2 weeks = 24hours x14 days of unbalance diet and over-slept. Kenapa? Tak percaya? Serius tak bohong. Kalau balik rumah ja,memang sye akan jadi macam ikan buntal A.K.A Mrs. Puff (siapa tengok Spongebob Seluar Petak2 tau laaa). Yelah kan, Mama tak akan berhenti 'menyumbat' diri sye dengan masakannya yang memang super duper sedap. Bila sye nak makan sikit je, Mama akan kata ' Alaa Kakak,makan la. Lepas ni Kakak tak jumpa dah dekat kolej yang masak sedap macam Mama...'

'Yealah Mama ku sayang. Meh meh Kakak nak makan. ' - Kasih ibu tiada tandingannya. :) *Sayang Mama sokmo!

So here I am,once again in this same room of mine,wondering what would happen tomorrow. Hurmmm. Berkerut2 muka ni,fikir tentang apa yang sye nak buat esok? *mengeluh. Tak ada idea la. Nak ajak parents keluar, diaorang pulak busy. Adik2 pulak tak cuti lagi minggu ni. Semua orang busy , tinggal lah diriku seorang yang ternga2 menunggu untuk diri ini dibawa keluar berjalan2. Huuuu~~

Waiting outside the line

Tak pe lah. Kita tengok la macam mana jadi nya nanti. Redha je. :] huhu. Tu laaa. Siapa suruh hari cuti tak sama macam orang lain. (mana la nak tahu. Aduyai). Member2 pun ada yang tanya,bila nak keluar. Rindu la diaorang kata, maklum lah lama tak nampak muka. Hehe. *KP makin comey wehhh. Haha. :P

Sabar lah yea wahai member2 ku yang tersayang. Andai ada kesempatan kita jumpa, sye macam mana pun tak apa. ;) Ok lah, Mr. Katil dah memanggil2 dah tu. Hehe. Tata~ Assalamualaikum.

# Rindu member2 --------> Ja,SC,Mak cik A.K.A Syaza,Yob,Faizah,Yantie,IO,Ella,Mint,Pudin,Pak Lah :')


Friday, 18 January 2013

When life gives u lemon, we make it lemonade

Assalamualaikum :)

Yaaa kita kembali dalam segmen 'Me-My Blog-My Life' :D Muahaha. Orang macam ni pun wujud lagi ye dekat dunia ni? Ok. Hari ni sye tekad nak siapkan semua assignment sye. Dalam banyak2 assignment,yang paling sye MELUAT nak buat ialah assignment Computer Science.

I KNEW U WERE TROUBLE WHEN U WALKED IN..!!!
Wahai Encik Computer Science, kenapa susah sangat nak bagi sye faham? Nak sajak laa, lagu bertindan2 lah. Haiii demand giler benda alah ni. *Emosi tidak stabil. Huh.  Semalam pulak berjaga sampai lewat malam, dah macam pak guard dah sye ni. Huk3



Tak pe2. Sabar2. Tarik nafas. Haaaaa Huuuuuuuuuu~ :[ Kerja lain dah siap tinggal benda alah ni saja. Dah la time amali Com. Science nanti nak ada pra UPS. Adoyaiii. I need a doctor~~lalalala~~ Demam pun tak habis2 lagi. Hah,apa2 aje lah kau wahai assignment. I'll get back to you later. :P

 Haaaaa. Lupa pulak. JOZAN MENANG MAHARAJA LAWAK WEHHHH!! (^_^) haha. Sumpah lawak. Keep it going Jozan! :) Kenapa? Ingat dekat kolej tak boleh tengok ka ML Mega? Never gonna miss it bebeh. Ok lah,terasa sakit pulak kepala ni. Nak rehat pulak, a.k.a lena (zzzzzzz) haha. Last checkist : *Baju dah basuh *Math dah siap *Biologi dah ulangkaji *Brochure dah complete & tunggu masa nak hantar aje *Tinggal Sc Computer je lagi. Common' Efaaaaa!!

Mata dah start mengantuk,penangan ubat yang Papa beli hari tu. Heee~ Last but not least,dengar lah sye menyanyi walaupun dalam hati saja.. ;)

Cos when I'm staring at the stars
Looking at the moon wishing that I
Could be there with you
It's okay, and it's alright
Baby listen to this lullaby
Good night, sleep tight
Dream away with me tonight...

 #Sya Cik Bulan yang cantik :)
#Assalamualaikum....

Tuesday, 15 January 2013

Once Upon a Time

Tersebut lah kisahhh~~~ (Muzik klasik)~~~ haha. Woot2, lamanya sye tak update blog ni! Bukan setakat habuk and sawang labah2,kelawar pun dah buat tempat tinggal rasmi dah dekat sini. Hoho~ *nampak tak ke-OVER-an sye disitu? :P Tiup sikit, FUHHHHHH!!!

Ok2. The past few days, I've gone to a trip. Waaaaa~ Sharifah Nur Ariffah pergi trip? Biar betul? *Gelak sinis. Yalaaaa. Sye pergi trip, dan sumpah, trip ni memang DA BOMB! Our main plan was to go Universiti Malaysia Kelantan (UKM) and.... Jeng jeng jeng! La Hot Spring. Secara jujur nya,ia merupakan pengalaman yang paling mencabar,paling best dan paling penat sye pernah hadapi. Mana tak nya,kami semua pergi jungle trekking. HAHA!!


Kenapa? Masih tek percaya? 'Betoi baq hang.........!!' Masa awal2 nak masuk hutan tu, tangan sye ni ketar habis. Yelah kan, selama 19 tahun hidup,mana la pernah nak masuk hutan ni. Naik turun curam apa semua,haiiii gerun gila kalau ingat balik time tu. Huhu. *Penakut rupanya kau ni Efa. Tapi, yang tak boleh blah, yang kami semua jumpa Mr. P a.k.a Pacat. Fobia eh dengan benda alah tu. Yang pelik nya kan sepanjang dekat sana, saya tak kena hisap darah pun dengan mana2 pacat. Orang lain kalau tanya,mesti jawab "Haa adaaaa... Awatnya tak dak pulak..."

"Ehem3, Orang yang CANTIK tak akan kena banyak dengan pacat"
Ha tudiaa, saya lah orang yang paling cantik di dunia. Muahahahaha!! * Gelak jahat. Hehe. Mana ada, gurau saja maaaa.

Ok lah. Nahh gambar2. Tahu sangat kan nak tengok gambar2 kami semua. Haha. :)

 Sebelum jungle trekking,boleh la qenyeh. 

KB Mall Bebeh~ ;)

Ashan & I in the cool icy water

Makan jom! Lai lai lai~

Haaaa. Sudah2 la tu noh. Penat dah nak upload gambar2 ni. Hari ni demam lah pulak. Adoyaiiii. Esok nak ada presentation lagi. Aaaaa!! Lepas satu, satu lagi problem datang. Hai COBAAN. :'( Wahai bacteria, maafkan sye, kita tak mungkin bersama. Sye dengan rela melepaskan awak kepada orang lain yang lebih baik dari sye. Huk3!! *Mohon terasa. *Ayat tak boleh blah. Haha!!

Worait,masa untuk rehatkan diri. Semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yg kekurangan itu datangnya dari diri tuan empunya blog ini sendiri. :) Jaga diri. Assalamualaikum.

Friday, 14 December 2012

PELITA

Assalamualaikum.

Hm. Apa yang sedang bermain di fikiran kau Efa? Serius,semenjak dua menjak ni fikiran sye serabut. Gembira, sedih, marah, terkejut, pasrah. Memang cukup pakej lah perasaan sye sekarang ni. Kenapa sye jadi macam ni? :')

Semua ni bermula apabila result PSPM hari tu diumumkan. Petang tu sye turun dengan Ashan. Ashan kata IO dah tunggu dekat bawah. Sampai saja dekat sana,sumpah memang ramai orang. Dah macam tin sardin dah dekat situ. Dalam hati sye,memang DUP DAP DUP DAP! Tangan menggigil tahap gaban. Ya Allah,tenangkan lah aku.

Bila dah dapat tahu apa result sye, mata tiba2 rasa panas ja. Sye pun tak dapat nak tafsir, sama ada tu tangisan kegembiraan atau kesedihan. Sye gembira sebab result sye meningkat naik, better than before tetapi sye agak kurang syok sebab sye tak dapat nak capai target sye. Rasa macam nak tumbuk2 ja dinding dekat dewan kuliah tu. Haiii COBAAN.


Balik saja bilik, sye beri tahu Papa sye tentang ni. Apa yang Papa kata, memang menusuk hati sye. I was like "AAHHH!! That really hurts!" Ayat2 Papa yang sye tak boleh lupa sampai sekarang.
"I don't know what to say. With this kind of result, you better stay in Form 6"
Sye tak tahu apa dalam fikiran sye time tu bila sya tanya, "I know this result won't make you happy but why can't you at least give me some motivation for the improvement that I had done? ". Apa yang Papa kata lepas pada tu telah membuatkan mata sye ni 'hujan' selebat2 nya. Dah la dekat luar bilik hujan,al maklumlah musim tengkujuh, ni dalam bilik pun nak hujan jugak??
  "Motivation??? I did that since you were in form 3. Advice? Always. Your future? You decide, you choose. I've done my job. I don't want to be burden when I am retire."
Betul kata Zuan, mungkin sye terlalu ikutkan hati. Mungkin sye hanya fikirkan tentang diri sye, hanya ingin membela diri sye. Papa Mama, I'm sorry. I can't be perfect, but I'm trying my best to make your dream of making me to be a successful person to come true. Kakak mintak maaf kalau selama ni kakak jadi beban. :'( Kakak tak mintak pun untuk dapat result macam ni. Kakak pun nak berjaya macam orang lain jugak. Maafkan kakak.

Hati sedih.

Not that I'm not trying my best for getting a good result. I did! I really did tried my best to make my parents proud of me. But I think that 'best', wasn't good enough. Sorry. Hati yang penuh duka lara ni sye luahkan dekat my one and only beloved Mak Su. Sekurang2nya dia faham apa yang jadi dekat sye sebab benda yang sama pernah jadi dekat dia dulu.
"Kiranya ada peningkatan dah tu. Sepatutnya kata Alhamdulillah ape..? :) Xapa cuba lagi, perjalanan masih panjang. Don't give up my dear. :D Allah tahu apa yang terbaik buat Ipah. :) Siapa tahu daa?"
Thanks Mak Su. Love you soo much. Terima kasih sebab ada untuk Ipah. :) Tentang kata2 yang dilemparkan dekat sye tadi,sye tidak akan patah semangat. NEVER! Tak pernah sesaat daku menyesali apa yang telah aku nikmati, apa ku alami.

'Takkan ku MENYERAH KALAH walau mimpi ku MUSNAH, harapanku HANCUR, sayapku patah. Akanku pancarkan CAHAYA seperti PELITA keserata dunia yang GELAP GELITA. Sehingga hembusan NAFAS YANG TERAKHIR!'- Pelita

I'll show you. Just wait. Assalamualaikum.


Thursday, 6 December 2012

Love You For A Thousand Years

Assalamualaikum.

Sekarang ni memang dalam mood 'SAYA-GILA-TWILIGHT'. Haha. Ni semua vampire2 tu punya kerja. Dah la pagi tadi Pn. Ro suruh buat karangan tentang "If you are a vampire,what kind of super power do you want to posses?", haaa something like that la. Hah! Apa laginya? Tak angkat kepala sye duk tulis benda alah tu. Menarik bukan? Hehe.

 ME LOVE TWILIGHT

Bercakap tentang Twilight, lagu Thousands Years part II menjadi kegilaan sye. Serius tak bohong. Lirik2 dia memang best. Tahniah Christina Perri sebab dah buat sye JATUH CINTA sama ini lagu. Woot2.

Try hayati tengok lirik dia. :)


The day we met
Frozen I held my breath
Right from the start
I knew that I found a home for my
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years

I’ll love you for a thousand more
 
 
Ha esok Ja dah nak balik dah. Alorhh. *muka anak kucing sedih. :( Huhu. Moga2 perjalanan dia dilindungi Allah s.w.t. AMIN :) Jangan lupakan Efa yang hensem ni ye Ja!! Haha~ I'll be missing you budak. Me Love You SOKMO! Ha! Tak lupa jugak dekat Fiezah, SLAMAT HARI TUA My Yayang~ Me Love You Too. Dah tua rupanya roomate sye ni. Hehe. *Fiezah,rilex2. Awak ni bukannya tua,just tak muda. Hehe.

Worait. Got to Go. See you soon! :D Assalamualaikum

Juling Mata Wehh.

Assalamualaikum. Haluu semua. Hehe. :)

Here I am,once again, in my room trying to get your attentions. :P Huhu. Kesian sangat eh dengar. Sekarang ialah time sye untuk me-rileks2 kan diri. Yea lah, penat giler hari ni. *hari2 kau kata penat, Efa. Masa bila yang tak penat tak tahu? Werkkk :P

Ok. Hari ni, macam biasa dekat kolej,sye bangun awal pagi, bersiap apa semua and pergi kuliah. Haii bosan. I keep doing the same old thing all over again. Tapi bahagian yang paling tak suka tentang hari ni ialah sye terpaksa mengira berapa banyak biji2 dalam jagung. And I was like "Gila ka apa?". Seriously, tu lah experimant Biology yang paling menyampah sye pernah buat. Naik juling mata2 duk bilang biji2 tu dengan IO. Kepala tak payah duk kata la, pening nak mampos.

Felt like wanted to cry. Sobss2~

Huhu. Sabor jo lah. The best part about today is 'The Replacement Class'. Ciss. Sungguh sye tertipu. :P  Malam ni sye bersiap awal ah. Al maklum la, Pn.Ro tak suka orang datang lambat dalam kelas dia. Dengan semangat wajanya, sye bersiap ala2 'The Flash' laju giler kot. Tengok cermin,wow comelnye.. Anak siapa la kan? :) *Suka perasan sorang2. Bhaha~ So,samapai je bawah,nampak IO tengah lari2 anak datang kat sye, ishh comel betol perangai Kak Cik sorang ni. Picit pipi tu baru tau.

Bila sampai dekat Dewan Kuliah, kita orang pun men-cangak-kan diri tunggu DKK2 untuk dibuka. Yang hampeh nye,kita orang silap Dewan. Buuuuuu~ malu sat. *tutup muka dengan tangan. Hehe. So,kami semua masuk lambat la jugak,well~kinda but NOT THAT LATE. :) Ingatkan Pn. Ro nak marah ke ape, rupa2nya dia ajak kami semua tengok TWILIGHT BREAKING DAWN PART II.!! Jyeaaaahhh! Edward Cullen BF ku lalala~

 .I was born to be a Vampire.

Sumpah best giler movie tu. Waaaa~~ Efa Cullen woot2. Jelez kan? kan? Well, to my Sista, padan muka kau tak boleh tengok lagi. Haha. Jahat punya Kakak. :P Thanks Pn. Ro coz you are being soooo damn COOL!! *tepuk tangan. Ok lah. Nanti la pulak sambung blog ni. Hehe. Tata~ Assalamualaikum :)


Sunday, 2 December 2012

Braced myself for the goodbye

Assalamualaikum. :)

I'm back~ Hehe. Semalam kan, actually petang kemarin lah, sye tengah 'memanja-kan' diri dengan cara baring2, menerap dan berguling2 atas katil tersayang di C2 T3 2 :) Penat gila lah, kenapa entah? Dengan sakit kepala semua cukup. Tengah best layan My-Happy-Time , tiba Ashan hantar mesej.

*Efa,jum trun?
*Why?
*Kita gi cafe, teman IO makan.
*Xnakk. :(
*Pliz, just tman dy makan.

Kenapa sye kata tak nak? Sebab sebenarnya sye sedih. :( Coz i'm about to loose IO. Hmm. IO dapat tawaran untuk pergi tempat lain. And sye dengar yang dia akan terima tawaran tu. Masa mula2 sye dapat tahu pasal IO, sentap gila kot. And I was like "WHATTT???" at Ashan. Ashan pun tak payah nak kata la, mata serupa hantu raya dah. Merah semacam ja. Huk3 *ingat Efa tak nampak ka? Haha.


Tapi, bila sye fikir balik, tak kan sebab macam tu kami nak kena halang dia dari pergi tinggalkan kami. Apatah lagi sye, nak sekat dia? Tak ada HAK beb. Dia yang berhak buat keputusan dia sendiri. Dia yang patut tentukan apa yang terbaik untuk masa depan dia. IO,do what you think best. Efa doakan yang terbaik buat IO. I'll be missing you,always. Sob2~ Member2 lain,walaupun sedih, dukacita, pasrah, frust menonggeng dan sewaktu dengannya, tapi kita patut sokong kawan kita. :) I know it hurts to loose somebody that you really care about, but let's not be selfish right?

Dalam hujan lebat,KAMI tetap together-gether

Wishing you all the best. Walau apa pun yang jadi, kita tetap member yang gila2 kan? :')

GOOD FRIENDS are 
HARD to find
HARDER to leave 
and
IMPOSSIBLE to FORGET

#Efa sayang Hampa!

Friday, 30 November 2012

The Day When A SHY Blogger was Born

Assalamualaikum.

Haha. Macam lawak ja tajuk post ni. Hee~ kisah apa. This is my blog right? :P Ok2. Pada hari Ahad lepas (25:11:2012) tuan punya blog ni dah berjaya sambut birthday nya yang ke-18 . Haha :) SHARIFAH NUR ARIFFAH SUDAH TUA! MASIH MUDA.

Secara jujurnya, ni kali kedua sye sambut dengan kawan2. Betul. Kenapa tak percaya? Kali pertama masa kecik2 dulu, masa umur dalam 5 ke 6 tahun tak ingat lah. Huhu. Lama gila kan? :) Meriah giler dulu-dulu punya cerita. *Miss that moment. Haa, birthday tahun ni, rasa terharu gila la.Sebab dapat hadiah dari kawan2. Boleh bayang tak apa yang sye rasa time sorang2 member datang bagi hadiah? YA ALLAH. Malu tak terkata!!


Betul. Tak tipu lah. Haha. Pelik kan sye? Orang bagi hadiah pun nak malu. :P Well~ Sye kan 'Gadis Pemalu Melayu Terakhir'. Perasan giler. Hari tu Ashan dah nampak dah muka sye bila blushing macam mana. I called it the "I'm-So Shy-Going-To-Die" face. Ahhh.

Haha. Ada jugak lawak bila sesi nak bagi hadiah tu. :) Yang tak boleh lupa tu, pasal roomate sorang ni. Ok2. Nak cerita la ni. Cuba korang bayangkan , apa yang korang akan buat bila tengah korang syok2 tidur, tiba2 korang bukak ja mata, korang nampak ada seseorang duduk bercangkung dekat tepi katil korang masa pukul 3 pagi?? Sumpah, hilang habis 'macho' sye malam tu. Huk3.

Haii. Takut punya pasal, automatik ayat "KAU KENAPA??!!" keluar. Haha. Rupa2nya dia nak wish Happy Birthday sebab dia lupa. Dengan muka anak kucingnya dia hulurkan hadiah kat sye. On the spot,muka sye yang tengah dalam terkejut tadi, berubah jadi merah. Maluuuuuuuuuuuu~ Serius, nak tergelak pun ada. Haha. Roomate yang dimaksudkan tu the one and only Fiezah la. :P

 Waaahh~ Hadiah!

 Ada lagi. Pulun gila. *Haha

 :) Lagi satu, birthday tahun ni lain sikit, sebab sye dapat 3 biji kek. Hadoii. Kek sye ni bukannya grand macam kek birthday korang, tapi it really means A LOT to me. Diorang semua sumbat sye makan kek coklat tu sampai habis. As a result, perut sye sakit. Haha but it was a very sweet moment. Sye anggap diaorang semua macam kakak2 sye. Kira hari tu sye dimanjakan macam adik bongsu la. Hihi. *maklum lah sye mana ada Kak atau Abang*

Sumpah kek ni sedap! Auummm.

Well~ Terima kasih sangat2 kepada member2 yang sempoi, terutama My Yayangs :Ja, Ashan, Faezah, Zatie, Ella, Fiezah, Farah, Iman, Wani J, Alya Amani, Geng2 bilik C2 T3 3 dan lain2.

Dah 18 tahun sye hidup, ni lah pengalaman & memori terindah yang tak akan sye lupakan sampai bila2. Dan dalam 18 tahun ni jugak, sye cuba untuk memperbaiki diri sye. Sebab sye tahu sye ni tak sempurna, ada banyak kekurangan. Sye juga bukannya nak 'bajet alim' , sye hanya ingin berubah kepada yang lebih baik.

'Efa janji akan cuba jadi yang terbaik buat Mama & Papa dan akan cuba jadi sahabat yang paling best buat teman2 Efa kat dunia ni. In Sya Allah.'  :)



Kadang yang Terindah bukanlah yang Terbaik.Yang kelihatan Sempurna tidak menjanjikan Bahagia.Namun jika kita dapat terima Kekurangan menjadi Kelebihan,itulah yang dikatakan Kesempurnaan yang Sebenar :) ♔

#Efa hanya insan biasa.Assalamualaikum.