Wednesday, 12 September 2012

We will see about that.


Haa. Tudia. Status berani mati. Serius lah,memang sye tak puas hati langsung dengan ape yang kolej kami organize untuk malam ni. Haiii. Dah la sakit teruk hari ni, ditambah pulak dengan sakit hati disebabkan "Majlis DA-BOMB" ni pulak kan. Kesian gila dekat student2 lain yang tak dapat makan & minum tu. Duit dah bayar,tapi... Oh COBAANNNNN!!

Nak tahu macam mana keadaan dia? Cuba bayangkan 1 keadaan dimana 1 bijik gula,,ada 3000 ribu semut yang dok berebut nak ambik gula tuh. Waarrghhhh!! Tension2. Rasa macam nak tumbuk ja semua JPP yang berkenaan yang ada kat situ. (Waachaa!!) Tadi sye dengar JPP tu kata yang diaorang akan pulangkan balik duit kami sebab kira tak adil la kan,ada student yang dah bayar duit,tapi makanan apa pun tak da. WE WILL SEE ABOUT THAT JPP.

Hari ni boleh dikatakan 80% tak best sebab pagi2 lagi dah sakit. Bila dah pi dekat penyelia asrama,dekat 40 minit tunggu baru lah van yang nak hantar kami semua pergi klinik datang. Sampai je klinik kesihatan,ternga2 mulut beb. Why? Sebab bukan main ramai lagi orang dlm tu. 8.40 am sampai, 10.45 am baru dapat rawatan. :') (Maaamaaaa~ sakit.. wuuuu~ ) Kira hari ni buat pertama kalinya sye tak pergi kelas,(wow). 1 whole day pulak tuh. (double-WOW!!) :)

Bersebab Ok? Ok lah. Nak ciaooo dulu. :) Moga hari esok penuh dengan kegembiraan. AMIN...

PS. Esok balik rumah!! YESSSSSS2!!!!! (>_<)

                                                          Melaram sakan . Weekkk :P





Sunday, 26 August 2012

Dah raya lah WEHH!

Hari ni dah masuk hari raya yang ke 8. Wooaah? Dah raya ka? He3 mesti lah. Tahun ni rasa macam sekejap je kan kita puasa. Ho2,semua orang dok kalut je memanjang,mau nya nak sedar yang kita puasa 30 hari :) Rasa2nya masih belum terlambat kot nak ucap? :P SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.

Bunga api tak pernah miss :P

Tahun ni macam biasa,sye raya kat Terengganu. Jelez tak? Haha. Best oo raya kat sana. Dah la meriah sebab ramai saudara mara kat sana,dapat duit raya banyak pulak tu. *Sye still dapat angpau walaupun dah besar panjang macam ni. Angpau,COME TO MAMA~

Baju raya tahun ni lain sikit dari tahun2 biasa,sebab tahun ni baju sye kaler hitam putih (bak kata MJ,Black & White bebeh~) Hu2,selama 17 tahun 9 bulan hidup,tak pernah lagi baju raya kaler hitam :O Mencemar duli nampak? Hehe. Mana ada. Biasa la kan?

Me and Sista

Haha. Pelik dak gambar tu? Weekk. Tak kisah pun. This is my blog and I can do whatever I want :P Dalam duk sibuk2 beraya kat rumah orang,kaki dan tangan ni dah macam nak tercabut dah. Skru2 dalam badan ni dah nak terkeluar dah. Tu la jalan bukan main lagi. *Padan muka aku sendiri. Hehe!

Masa petang raya kedua tu,Khalifah keja duk hingaq (bising) nak pergi pantai katanya. Al maklum lah,kami bila duk kat Kedah,mana ada pantai. Pantai Johor ada laa. *Member2 PJ,PEACE YAWW :) So,apa lagi? Angkut 1 geng lah buat rombongan Cik Kiah pergi pantai. Orang lain duk sibuk pergi beraya,kami duk sibuk nak pi pantai. Muahaha!!

Aku ada. Hampa ada?

:) Tahun ni balik kampung,sye dapat sepupu baru lagi. Haha! Si Comel~ :D Ohh keluarga ku yang meriah. Love you soooooo MUCH!! Akhir kata,kepada semua readers, (bajet ramai orang dok baca blog ni,huaa3~), sye ingin menyusun 20 jari (10 kat tangan 10 kat kaki),ingin memohon maaf atas salah dan silap sye. Sesungguhnya sye hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan. Sye ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. DUIT RAYA JANGAN LUPA NOHH. :P


Friday, 3 August 2012

UPS-Ujian Paling Serius? Haha

"Ehem2. Ok. Semua diminta bersedia,jangan duk kalih2 dekat belakang dah. Mengadap muka saya yang HENSEM ni sudah (uuuweekk). Ok. Semua boleh mula menjawab sekarang." Ha,macam tu la penyarah Sains Komputer sye kata tadi tu sebelum kami semua menjawab soalan PRA-UPS. Hu? UPS tu apa? Ujian Pertengahan Semester la. :)

Bila pensyarah kata 'Ready Set Go!' kami semua terus tunduk mengadap meja. Bukan sebab tak mahu tengok muka pensyarah yang 'hensem' lagi comel tu,tapi semua tekun nak jawab soalan Science Computer. Haha. Study bagai nak rak malam2 sebelum tu (STUDENT.YES.THAT'S HOW WE ARE.) Masa nak jawab tu,sye tengok kertas and... 'Aik? Biar betul? Semua yang sye baca semalam masuk dalm exam ni? YEEEEHHAAAAA!!' Seronok bukan main lagi sye tau.

 Aauuucakk!!

:) Next week dah nak exam secara besar2an. Oh takut nya jiwa dan raga. Tapi yang best nya,group2 PDT semua exam dalam aircond dekat perpustakaan. He he he! Sejuk2 karang takut terlena pulak bila tengah jawab exam tu nanti. Ha ha.Nangis guling2 la kalau jadi macam tu.

Ha! Hari tu group K1M3T4B duk bincang2 pasal nak berbuka ramai2 sebelum the real UPS nanti. And sebagai ketua,sye try la tanya my Mentor AKA Sir Gurmit,tanya 'Kitaorang nak berbuka puasa ramai2 boleh tak Sir? (dengan pelat Keyyeell yang pure punya). Ahaha. Last sekali Sir pun setuju. (yeayy!!)


Malam tu kami terpaksa jadi 'bodyguard' kepada Emi & Usop sebab diaorang takut. Haha! Muka cuak giler sebab ramai sangat budak perempuan. Yang geng2 perempuan pulak boleh buat muka gaya2 Babarian,mahu nya depa dua x takut. Huhu. Cobaan. Bila Sir datang,kami semua tengok lauk2 yang Sir uruskan,WOW! Macam macam adaaa~Memang teruja gila la bila nampak semua makanan atas meja tu :P

*Allahhuakhbar Allahhuakhbar~~*
Bila azan berkumandang,Usop bacakan doa dan kami semua makan. :D PAPRIKK!!! Mata tak lepas pandang lauk feveret tu. :D Ngeee~!! Sedap + Nikmat nya. :) And the best part is,Sir belanja makan malam tu. Memang terkejut la sebab memang kami semua dah kumpul duit sorang sikit kan untuk buat majlis tu. Tapi Sir kata anggap ni sebagai hadiah dari dia kepada kami semua. Dan untuk balas balik hadiah Sir tu,Sir suruh kami semua cemerlang dalam exam ni. :') Waaa terharu nya.

THANK YOU SOOO MUCH SIR GURMIT!! :D

Monday, 23 July 2012

Bed VS Caramel VS Chemistry

Tahun ni buat pertama kalinya sye tak buka puasa dengan family. Serius sye rasa pelik,macam something wrong some where. But anyway,sebelum terlambat sye nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan daripada Nya pada bulan yang mulia ni. AMIN :)

Hah! Masuk saja bulan puasa ni kan,sye tak tahu kenapa tapi sye jadi cepat mengantuk. Haii selama ni tak ada lah pulak jadi macam ni. Memang kalau dalam dewan kuliah tu,tambah2 pulak yang ada air-cond apa semua kan,suara pensyarah yang garang tahap cipan tu pun kadang2 boleh tukar jadi macam lullaby je :P Memang bila masuk dewan kuliah je,semua geng2 siap sedia nak pergi 'perang'. Bukan perang lawan pedang ke apa, just FIGHTING TO STAY AWAKE!!!


Ahaha. Macam2 gaya diaorang nak cover daripada kantoi duk tidur :P Zzzz. Kami mengantuk lalalala~ Tadi petang sye pergi ambil borang untuk Mentor-Mentee. Ha kalau nak tahu,sye ni tiba2 ja dilantik jadi Ketua untuk praktikum sye. Woooaahh. Why me Sir? Because I know inside out,you are...(BUUUUSSSHHH,,tak dengar dah lepas tu coz hujan turun dengan lebatnya) Haha. Pandai la depa noh? And FYI,sye ada 8 PA (Personal Assistant). Boleh taqa tuh? :D

Huhu. Hari ni nak berbuka dengan apa ye? Ohh2!! Tadi lepas ambik borang tu kan,sye lalu lah dekat area Kafe dekat dengan Serambi tu. Tiba2 mata ternampak SESUATU yang betul2 buat sye senyum sampai telinga lepas tu. CARAMEL!! Ngeeeee~ Sye dulu kalau tak ada benda ni tak sah. I love caramel sooooo much baq hang. ;) Kalau boleh,semua makanan kat situ sye nak beli bawa balik naik dorm. Oh Nasfu!

Caramel. Auuummm.

Apa yang tak best tetang KMK tahun ni,kami tak ada bazar Ramadhan. Mana sedih pun. :( Sebab dia,King kata tak boleh sebab campur lelaki dengan perempuan. Haiyaa. Sampai macam tu sekali. Effect dia kat kami semua la. Masa awal2 orientasi King kata semua boleh,bazar ada,ni ada,nu ada. Tapi sekarang? Hai cobaan. 1 lagi,sembahyang terawih pun lama sangat. 8 rakaat je tapi masa yang diaorang buat tu lama sangat. Memang ramai yang ada rasa agak-sulit ah. Masjid lain dah buat 20,kami baru 8.

Rilex2. Bulan ni bulan mulia. Kena banyakkan sabar betul tak? Nak tahu apa yang best jadi dekat sye dalam minggu ni? OK. Masa tu sye tengah ada kuliah Chemistry. Tiba2 pensyarah tu panggil "Sharifah Nur..oooo Sharifah Nur" Sye pun buat derk la kan sebab dalam kelas sye ada 2 Sharifah. Lepas tu pensyarah tuh kata la "Hai mana la budak Sharifah Nur Ariffah ni". Aik?? Tu macam nama sye ja? Spontan jerit "SAYA2!! SAYA KAT SINI!!" Ahaha. Memang malu tahap gaban la. Tapi nak buat macam mana,cover je la kan? :) Rupa2nya sye dapat terbaik dalam Kuiz Kimia (serius terkejut,terpana,ternga2) YEAYY!!! Ha ambik. Stay up sye tidak sia2 la kan :D


OK lah. Badan pun dah rasa penat ni. Nak tutup mata and mimpi indah. Jangan lupa bangun sahur yea readers :) Assalamualaikum wbt

Thursday, 5 July 2012

Can't Wait :)

"Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib)."
Hari ni sye ambik kesempatan untuk berpuasa. :) Waahh bangga sat. Hehehe. Ambik kesempatan nak buat pahala tak salah kan? Puasa hari ni tak la pula nak rasa penat ke pening kepala ke. Semua macam OK je. Hee~ Can't this day get any better? 
 Tadi sye buka FB and tengok2 Mama Chantek ada sekali. Woooaahh sye rindu sama saya punya Mama~ Mama tanya la sye puasa ke? Ha la sye jawab. Mama bagi tahu yang satu family puasa jugak hari ni. Wah bagus nya :P Huu~Tahun ni sye tidak berkesempatan nak puasa dengan family sebab diaorang dekat Alor Setar nun,sye ni sesat dekat Changlun. Haha. Cobaan. Nak balik pun belum tentu dapat,hai dah macam duduk kat benua lain dah ni.
Bulan Julai ni nak balik tapi dia ada tarikh dia pulak. Adoyai. I'm still home sick,people. I just don't show it ;) Mama kata sat lagi diaorang nak berbuka makan nasi lemak Royale. Untung la~ (jelouse much!) Semalam tiba2 rindu dekat Serawa yang Mama selalu duk buat untuk sye. Sedap wooaah. Tadi tu bila nampak Mama online,terus mintak, "Mama..nanti boleh tak hantar kat kakak serawa? Teringin sangat2 nak makan ni.." Mama kata tengok kalau esok Papa tak busy,Papa boleh hantarkan. And I was like "YEAAAHHH!! Thumbs Up!"
Jangan jelez yea kepada budak2 KMK yang lain coz rumah sye dekat,boleh la nak manja2 dengan family. Hehe!
 Mama kata lagi tadi yang Cik2 a.k.a my little bro syok sendiri hari ni sebab dia kata dia dapat no.2 dalam kelas dia. Wahh~congrates Abang! Kakak bangga dengan abang! :) Hehe. Siap dengan buat muka tak malu pi mintak hadiah dekat Mama Papa :P Alahai adikku sorang~ Esok pasang angan2 buat kali ke dua, nak naik basikal dengan member2. Hari ni cancel sebab hujan punya pasal.
CAN'T WAIT FOR TOMORROW :P

Monday, 2 July 2012

Dunia Terbalik Kah?

Malam tu terpaksa tidur lewat sebab banyak kerja yang nak kena 'di-settle-kan'. Dah la pensyarah bagi banyak2,macam kami semua ni tak ada kerja lain nak buat. Subjek lain pun ada jugak,bukan nya tak ada. Betul tak? Haiyaaa. Tapi apa pun,kerja perlu disiapkan! CHAIYOK!!

The next morning,'Aik? Apesal tiang dalam bilik ni nampak melintang?' Ha tudiaa,pening tu memang tahap maximum lah. Nak jalan pi bilik air pun dah macam orang mabuk-ini diibaratkan saja noh,jangan pikiaq kot lain. Duduk atas katil pun tak kena,try port atas lantai pulak. Sama ja,pening jugak.


Apesal yang tiba2 boleh jadi macam ni nieh? Tak pernah2 selama 18 tahun hidup jadi macam ni.(Pening2 biasa tu ada la tapi ni dah tahap badak ada migrane dah ni). Hahaha,badak. :P Nak buat macam mana ye? Nak turun pi kat rumah Felo memang cari nahas la sebab takut jatuh tangga. Waaaa~ I need a doctor! Roomate pulak tak ada sebab diaorang ada kerja yang nak disiap kan (proven that lecturer had given us more work than we can handle =_=" )

Tiba2...(jeng..jeng..jeng...), INCOMING CALL from PAPAKU HENSEM. Yesss!! Macam tau2 ja anak chubbie dia ni tengah sakit. Angkat je phone terus mengadu (biasa la anak manja-no komen). Nasib baik Papa masa tu tengah ada dekat Arau. Dapat la hantar ubat. Heee~ Terima kasih Papa <3 Mahal siot ubat tu. FYI,sye tak suka makan ubat,kecuali ubat antibiotik sebab dia sedap. Haha orang macam ni pun ada?

Kalau ubat2 macam ni sye sanggup makan ah

Lepas makan ubat tu,kesan dia memang on the spot la. Tengah duk jalan nak naik dorm pun boleh rasa nak pejam mata dah. Zzzzz~ Tambah pulak angin duk tiup sepoi2 ja kan. (layan). Sampai ja bilik,terus DUSHH!! (effect jatuh atas katil) Lena gila kot. Sye ni jarang tidur petang,so bila roomate balik bilik,diaorang buat muka heran. Haha. I slept like a baby,SERIOUSLY!


Petang tu Mama Chantek call. Mama kata ''tekanan darah kakak rendah". Macam kelakar ja bunyi dia sebab selama ni bukan penah ada sakit apa2 pun. Kan? Kan? Kan? Macam2 'tips' dan 'ceramah' Mama bagi-tidur bagi cukup,jangan tension2,jangan duk hyper2 sangat n so much more. Yelahh2,YES MAM :)

My life in KMK ----> (STUDYx10^23) + Ubat-ubat - Masa rehat = 4 FLAT :")

#Kalau tak GENIUS lepas ni..Saja ah..

Friday, 1 June 2012

Pagi yang Gelap,kini sudah Terang :)

HARI PENDAFTARAN

"Err,tumpang tanya akak,pendaftaran untuk pelajar baru dekat mana?" "Ha..adik pegi straight,pastu ke kanan and kat situ lah" :) Dengan penuh semangat waja,sye pun pegi la. Tak sempat belok,dah nampak line panjang giler tahap gaban. Mak aiihh?Panjang nya? Mau tak panjang,ada dekat 2400 lebih duk daftar masuk KMK. WOW!

 Sye pun masuk lah barisan yang panjang teramat sangat tu. Tengok keliling,semua orang sye tak kenal. Huu~ Tiba2,sye ada nampak muka sorang budak ni. Aik? Macam kenal tapi dimana ya? Hehe. SYAZA! Yes!! Bukan main seronok lagi sye nampak muka dia. So kira kami dua pegi daftar sekali ah :)

THE NEXT MORNING

NEEEEEENOOOOO~~ (siren dok bunyi volume tahap pecah gendang telinga)

Pagi2 buta lagi siren tu duk bunyi,tapi sye bangun lagi awal dari siren tu. Pukul 4 sye dah ready kat bilik air,al maklum ah ramai nak kena berebut la jugak kan. (HAHA! Mama,anak mama bangun awal..percaya dak? :P ) Bersiap bukan main laju lagi,ZUUUPP!! Siap :D Hee~ Masa on the way nak turun tangga blok,dengar suara Kak2 PF duk jerit 'Yang kat atas tuh,,CEPAAATTT SIKIITT!!! 10 9 8 7 6 bla..bla..bla.. Siapa lambat kena denda ketuk ketampi depan budak lelaki!'

Nahaaiii. Sumpah kita orang semua tak cukup tidur. Lepas habis je semayang Subuh,budak2 perempuan semua pakat duk lena (walaupun time tu tengah ada kuliah subuh. Hehehehehehe). Penat gila ah. Macam2 gaya tidur ada. Yang tidur sambil duduk,sambil tutup muka buat2 gaya duk mintak doa,sambil tidur menyandar kat belakang kawan and yang paling terang2 tidur yang terlentang kat lantai tu la. (Yang ni geng2 kami suma lah,sye pun termasuk sekali. :P hehehe)

Lepas pada solat,kami semua kena kejan (bahasa orang Kedah,kejan-dipaksa maksud dia). Kami semua kena pegi Astaka. Padang besar giler ohh~ Ada abang Chinese tu suruh kami semua buat aerobik. Abang Jian Soong Wong :D THE BEST!!


Ayat Abang Wong yang kami tak boleh lupa sekali... ‎"Semua lihat langit... Wah! Birunya langit.."-brader wong.. hehe

Semua ni dari awal hari kami sampai kat KMK hinggalah hari last orientasi. Mula2 memang lah penat,marah,tension,sakit semua ada. Sumpah tak tipu coz sye pun rasa benda yang sama macam kawan2 yang lain. Lagi2 rindukan family :') betul tak? Tapi masa majlis penutupan tu,kami semua relax, "YEAHH!! MERDEKA!" Padahal hari Ahad ni baru la nak start kuliah apa semua. Sabar dan perlu kuat hadapi semua ni kalau nak berjaya. YESS!! I CAN DO IT! BRING IT ONNNN!!~~




Mama.. Papa.. Kaka akan buat bagi Mama Papa bangga dengan Kakak :) Doakan kejayaan Kakak. 4 Flat!! Don't you dare run away from me. Haha! Buat adik2 kakak :)

Lebih muda dari ku harap sabar menunggu
Kepulangan mu ku tunggu
Bukan maksud ku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikat nya rindu yg mendalam

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku kakak mu
Dan engkau adik
 Ku amat merindui kan mu

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku kakak mu
Dan engkau adik
Ingin ku ulang kemasa dulu

Tak akan putus
Hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa
Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua